Resepi Mee Kari Seafood Sedap & Mudah| Dah lama sangat tak makan mee kari, mesti la merindui mee kari ibu sendiri. Berbeza tau mee kari mama kami buat. Tak macam yang dekat kedai. Mee kari kami lebih pekat dan tak ada naik minyak. Dah mengidam sangat kan, cuba la buat Mee Kari Seafood ni dengan adik sendiri. Alhamdulillah, pertama kali terus menjadi walaupun ada part-part kena alter rasa. Haha.. Kisah dia nanti saya cerita di bawah.
So ini resepi Mee Kari Seafood untuk 3-4 orang makan. Kalau makan banyak cukup untuk 3 orang makan sahaja. Okey.
Resepi Mee Kari Seafood Sedap & Mudah
Bahan-bahan : Bahan A : Tumis
- 2 sudu minyak
- 3 sudu bawang mesin (bawang merah, putih, halia) – ambil yang dah sedia mesin dalam peti. haha
- 2 batang kayu manis
- 3 biji bunga lawang
- 1 batang serai di ketuk
- Sedikit daun kari.
Bahan B
- 1 paket Kari Makanan Laut Mak Siti (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 cawan air
- 2 sudu lada giling @ kisar. Bergantung nak pedas atau tak
- 100 ml Santan (separuh dari santan kotak 200ml)
- 10 ekor sotong di potong
- 10 ekor udang di buang kulit dan kepala (senang nak makan)
- 1/2 kg kerang. Direbus.
Ambil yang dah siap rebus pun ok. - 1 batang fish cake
- 10 biji fish ball
- 1 ikat sawi.
- Garam, Gula, Secukup rasa
Cara-cara:
- Tumiskan bahan A sehingga naik bau.
- Masukkan rempah kari yang telah di bancuh bersama sedikit air.
- Masukkan 1 cawan air. Kacau hingga sebati.
- Masukkan seafood, udang, kerang dan sotong. Biarkan sehingga masak.
- Kemudian masukkan fish ball dan fish cake.
- Masukkan 100ml santan. Hehe.. dalam video kami terlebih masuk santan, so abaikan. Bila terlebih kami alter balik masukkan 1 paket lagi rempah kari dan 1/3 cawan air.
- Masukkan sayur dan juga lada kisar.
- Biarkan mendidih, kemudian perasakan dengan garam, gula dan secukup rasa.
- Jangan biar terlampau pekat, sedap sedap elok sahaja di makan.
Boleh dihidang bersama 1 bungkus mee kuning yang di rebus. Sedap! Nak lagi sedap, tambah telur rebus dan juga cili padi. Yum!
Bila adik kata, “sama macam mama masak.”.. Lagi la kita suka. Rahsianya, Rempah Kari Makanan Laut Mak Siti laa..
Terliur pula bila blogwalk ke sini ?