Skip to main content

Hi,

Kali ni aku nak share resepi bubur lambuk Terengganu kegemaran aku. Aku memang suka bubur lambuk Terengganu berbanding bubur lambuk negeri lain. Sebab bubur lambuk terengganu ada banyak ikan dan juga sayur seperti pucuk paku.

Kalau negeri lain, ada yang letak lobak, ubi, kurang ikan, tak ada budu, dan warna putih.  Sedap juga tapi aku lebih suka yang Terengganu. By the way, Bubur Lambuk Terengganu ada diletakkan budu.Oh maveles.

Meh tengok resepi bubur lambuk Terengganu.Ini resepi aku buat masa bulan puasa tahun lepas. Tahun ni tak sempat lagi nak buat sebab sekarang berada di Mesir. Mana la nak cari pucuk paku merah kat sini.. eh. Stok budu pun dah habis daaaa..

Pucuk Paku Merah Bubur Lambuk Terengganu

Gambar dari Google

Resepi Bubur Lambuk Terengganu

Bahan-bahan (4-5 orang)

  • 1 cawan beras
  • 10 ekor ikan selayang/kembung (500gm)
  • 8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar lada hitam (lagi banyak lagi sedap, tapi jangan terlampau pula ye)
  • 1 ikat pucuk paku merah (lagi banyak lagi sedap)
  • 2 tangkai daun kaduk
  • 2 tangkai daun kesum
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu besar budu
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara-cara

1-Potong semua sayuran, bersihkan dan toskan. 2-Kisar bawang merah, bawang putih dan lada hitam. 3-Rebus ikan dalam periuk sehingga masak dan kemudian sejukkan. 4-Asingkan isi ikan daripada tulang. Gaul isi ikan supaya hancur. 5-Bersihkan beras, masukkan beras ke dalam periuk bersama-sama air dan masak sehingga menjadi bubur. 6-Masukkan bawang merah, bawang putih dan lada hitam yang telah dikisar. 7-Masukkan isi ikan, sayuran, santan, garam, gula, budu dan air secukupnya.  Kacau hingga sekata. 8- Biar hingga mendidih, dan siap untuk dihidang.

Ada setengah orang dia suka makan bubur lambuk tanpa campur apa apa. Tapi aku lebih suka bubur lambuk campur dengan kicap manis Jalen!. Sedap weh.. Rasa la manis. Nak buat macam mana, orang Terengganu la katakan. Heh.

Jadi tak? Kalau jadi Alhamdulillah..

psst: Gambar di atas, hanya gambar hiasan dari google.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

4 Comments

Leave a Reply