Orang terengganu kalau tak pandai masak ikan singgang Terengganu memang la teruk benor. Ok. Sebenarnya Norpa pun baru first time buat singgang ikan ni. haha.. Nampak sangat kan…
Memang sedia maklum, ikan singgang ni la makanan paling mudah dan senang dimasak. Sebab bahan-bahan dia simple saja.
Tapi memandangkan Norpa pun pertama kali nak masak, tanya la jugak mama. Tapi sukatan memang gamble. Tak ada sukatan langsung. Potong, campak campak dan agak-agak je.
Orang bujang macam ni la. Leceh tau nak ikut resepi satu satu dengan ukuran inci. So lebih baik agak-agak je.
Resepi Singgang Ikan Terengganu Paling Senang!
Resepi ikan singgang Terenggganu ni sangat mudah. Hanya beberapa bahan je diperlukan.
Bahan-bahan:
– Ikan Selayang 2 ekor (ikan lain pon boleh) * nak sedap pakai ikan aya
– Lengkuas 4 inci (diketuk)
– Kunyit 4 inci
– Bawang putih 4 ulas (diketuk)
– Kacang bendi 4 batang (dipotong 2) (xnak letak pon takpe)
– Air Asam jawa (ikut suka hati) Sepatutnya asam keping, tapi tak ada..
– Air 1 1/2 cawan
– Garam dan secukup rasa
# yang berinci inci tuh, semua Norpa agak-agak je.. Sebenarnya, saya letak ikut suka hati. Haha..
Cara-cara
1- Masukkan air dalam periuk dan campakkan sekali lengkuas, kunyit dan bawang putih. Biar mendidih.
2- Masukkan ikan, air asam dan kacang bendi. Biar sampai ikan masak.
3- Masukkan garam dan secukup rasa. Biar mendidih. Dan siap untuk dihidang.
Pergh. Mudahkan masak Ikan Singgang Terengganu. Sesuai untuk orang yang handcore gile dengan budu. Sebab sekali makan nasi dengan ikan singgang dan budu, gerenti tambah 2 kali. Confirm! Haha.
Resepi ni sesuai untuk orang yang bujang, yang malas nak masak. Paling simple, tung tang tung tang, masukkan air, campak semua, tunggu mendidih dah boleh makan. Terrer tak norpa masak?
So, tiada alasan lagi payah nak masak..
Jangan lupa cuba Resepi Ikan SInggang Terengganu paling senang ni. Kalau nak buat Daging singgang, just tukar ikan dengan daging je ye. Tapi kena masak lama sikit.. Mudah je!
Masakan Terengganu memang sedap!
p/s: Berat badan Norpa dah naik balik sekarang. Kerana budu! Haish… Budu ni sangat ‘berbahaya’… sangattttttt….
kan.. memang sedap & sangat simple nak masak singgang ni sebenarnya.
Pernah masak singgang ikan tenggiri tambah cili kering sepotong dua.
Pergh memang mabeles!
Nyum Nyum 🙂
dapnyer,,, sluurrppp… pekena sekali dengan budu dan cili,,, hikhik
sedap ni..time boka posa makan pun best.
masa tumis xyh letk minyk ye
lengkuas xde ,tukr letak halia ..blh ke haha
klu ikut resepi mak saya.. kunyit, lengkuas, asam keping, garam dan ikan diletak bersama.
caranya: masukkan sedikit air..ala2 nk kukus ikan tu.pastu campak bahan2 kt atas tu n biar smpi ikan tu dh nk masak …supaya ikan tadi menyerap rasa segala bahan2 tadi..pastu baru masukkan air utk buat kuah ( ikut byk mana nak ) klu terlebih..jadi kurg rasa,,
ikan singgang ni my favourite, xde lauk lain yg setara kombinasi ikan singgang aya + budu cap ketereh + petai @ pucuk jangguih
huhuhuhu
kakakaka..halia pakai nk buat sup bolehla….sup org xpkai lengkuas…singgang xpakai halia..kang ada rasa angin2 xsyok
Terima kasih atas resepinya.
Saya sekeluarga ambil resepi nya aja lain2 tiada.dulu kini Dan selamanya..
Kalau xde lengkuas memang x jadi singgang ke?
Menambah la nasi kalau ada ikan singgang ni.
Sedapnya. dulu mak selalu masak. Sendiri tak pernah masak lagi.hehe