Assalamualaikum..
Resepi Omelette bersosej, ketam dan sayur sayuran .. Biasa orang buat omelette di waktu pagi untuk sarapan.. Tapi aku makan omelette pada bila masa aku teringin nak makan..
Dulu mak aku pun selalu gorengkan omelette untuk kami makan sebelum pergi kesekolah.. Omelette sosej namanya.. Resepi omelette hanya menggunakan telur dan sosej. Kemudian makan dengan sos cili, mayonnaise, dan red bean dalam tin tuh. Perghhh.sedap. satu tak cukup.. cuit yang orang lain sikit. hehehe.
Sekarang bila aku duk rumah sewa, nak berjimat sikit, aku makan omelette bersosej, ketam dan sayur sayuran.. Simple, mudah dan kenyang… Korang nak ke resepi omelette aku punya? hahaha.. tak de apa pun sangat.. tapi resepi omelette aku aku letak sayur yang aku suka..
Resepi omelette bersosej, ketam dan sayur sayuran..
Bahan-bahan :
1 biji telur
1 batang sosej – di hiris
1 biji bebola (ikut suka nak letak bebola apa) – di hiris
1 ketam segera – dihiris
sedikit daun kucai – di potong 1 inci
1/2 batang saderi – di hiris
1 biji bawang kecil (kalau suka) – di hiris
Cara – cara:
1) Pukul telur sehingga kembang bersama daun kucai dan batang saderi yang telah di hiris..
2) Panas kan kuali leper, letak sedikit minyak dan masukkan telur
3) Taburkan bebola, sosej, ketam segera di atas telur. Jangan biarkan telur sepenuhnya goreng baru masuk bahan bahan.. nanti tak lekat pulak kat telur.. Taburkan cepat cepat selepas masukkan telur dalam kuali
4) Goreng sehingga garing.
5) Angkat, letakkan dalam pinggan dan sedia untuk di makan bersama bawang yang telah di hiris, sos cili dan mayonnaise… Wallahhh~
p.s: aku selalu makan omelet ni.. boleh katakan hari hari.. sampai housemate aku kata, “asal aku balik je, aku nampak ko goreng telur,..” hahaha.. sekarang ni aku confuse… omelet ni menggemukkan ke tidak? huh