Piscok singkatan bagi Pisang Coklat. Kat Malaysia tak de lagi yang buat. Yang famous sekarang adalah Pisang Cheese dari Indonesia juga dan juga Lempeng Krabi.
Lempeng Krabi kini dah boleh beli di Ampang. Ada kiosk yang jual di Ampang. Pisang Cheese merata rata ada.So dah tak rare.
Saya pertama kali merasa Piscok semasa pergi Medan : Tempat Menarik di Medan. Itu pun diperkenalkan oleh tour guide. Alhamdulillah dapat tour guide yang suka kongsikan benda menarik di Medan.
Piscok Pisang ni sangat sedap. Tapi banyak kalori la.. Eleh.. apa ada hal.Pisang cheese boleh makan banyak, takkan piscok tak nak cuba.
Tapi bila makan 1, tak cukup. Nak juga makan 2 3 biji. Memang sedap. Pisang bersama coklat dibalut dengan kulit popia sebelum di goreng.
Mujur tour guide yang belanja.. hahahah
Resepi Piscok Pisang Coklat Indonesia
Bahan-bahan:
- Pisang Kelat Manis
- Coklat cip / coklat masakan
- Kulit popia
- Telur
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
- Carikkan 1 helai kulit popia.
- Letakkan pisang yang dibelah dua dan coklat cip di atas kulit popia.
- Bungkus kulit popia dan lekatkan hujung dengan telur. Supanya bila goreng tidak terbuka.
- Goreng sehingga garing.
- Dirikan Piscok diatas tisu untuk turunkan minyak.
- Siap untuk dimakan! 😀
See, lepas ni boleh buat jual. Hahaha. Biar jadi phenomena macam Pisang Goreng Cheese. Kalau letak cheese pon macam sedap! perghhh…
hehe..Untuk korang yang nak cuba, korang boleh juga letak coklat masakan biasa dan pisang letak sebijik-sebijik. Lagi sedap. Fuh.
Apa-apa pun, selamat menikmati Piscok Indonesia dan selamat mencuba!
Yang diet mohon jangan makan ..