Finally, yeayyy dapat juga main Go Kart. Ok secara jujur tak pernah main Go Kart. Tak berkelapangan dan tak ada geng. Mujur #TSDayOut kali ni ada main Go Kart. Suka gilerr.. haha
Sepang International Kart Circuit
Untuk yang tak tahu, Sepang International Kart Circuit ni dah lama ada dan selalu anjurkan pelbagai pertandingan Go Kart. Kalau nak main saja saja pon boleh. Ada package di sediakan. Litar Go Kart ni panjang dia 1.247km dan lebar 10m serta mempunyai 11 selekoh mencabar. Kalau nak tahu mencabar ke tak mencabar, mai main kat sini.. Saya dah cipta sejarah.. haha. Apa dia? Sat gi saya cerita.. kekekek
Masa kami sampai tu, masih lagi ada pertandingan. Laju gila depa ni bawak. Perasaan masa tu, macam taknak main dah..Nak tengok tepi je.. Tapi bila dengar taklimat, baru la berkobar nak main balik.. kekeek
Kami di bahagi 3 kumpulan, 1 kumpulan Media, dan 2 kumpulan bloggers. Ingat ada 2 kali main, rupanya satu je ha.. Kalau tahu dah pecut dari awal..
Lepas taklimat kena la tunggu giliran..Sempat lagi dia tidur..
Dah dah, jom race!!!
Geram gile dengan orang sebelah ni.. Haha.. tengah tengah syok race, tiba tiba ada orang potong.. Rupa-rupanya dia haaa.. Then kami ingat ada 2 game, rupanya 1 je sebab masa dah suntuk.. Si Devi ni pulak terlebih 1 lap.. Ingat dia dah kalah, tapi dia menang sebab 1 game je ikut masa.
Lap terakhir tu kira lap untuk masuk kawasan parking..So tak dikira la kalau dia terlebih lap pon.. Dan dia sangat la beruntung sebab dia main lebih..Haha.. Tak aci betul.
Ramai je yang tahu, saya ni hantu bawak laju di lebuh raya.. Tapi saya kalah di Go Kart.. huwaaa.. Saya baru first time main Go Kart, tapi dapat no.16..Ok la kan.. Dan sejarah tercipta bila mana kereta Norpa berpusing di litar sebab tersasar. Hahaha.. Pastu beria kejar balik, padahal dah lap masuk parking.. Kwang kwang kwang.. hahaha
Takpe, next time kita cuba lagi.. Dah tahu kan bertapa seronoknye Go Kart. Lepas ni boleh la main lagi..
Terima kasih kepada Tourism Selangor kerana menganjur aktiviti sebegini. Serius seronok berkumpul dengan blogger sambil beraktiviti di tempat tempat menarik di Selangor.
InsyaAllah ada rezeki join lagi..
Wei sempat ambik gambar org tengah tido??? Hahaha i ok jer , sbb sopan jer gambar tido hahaha . Tapi bestlah go kart terlebih lap.. haha . I suka ur write up . Takpe number 2 pun still ada rezeki. 🙂