Skip to main content
RECEPIES

Resepi Nasi Minyak Paling Mudah! Sedap weh!

By Jul 19, 2016September 20th, 201710 Comments

Assalamualaikum…

Hari ni nak share sikit resepi Nasi Minyak yang aku buat harituh. Mudah je.. Yang jadi susah bila banyak tangan..Boleh baca entry “Nasi Minyak, maaf tak ajak” kalau nak tahu ceritanya..

Nak buat nasi minyak, kita perlu ada beras ya wajib!…takde beras tak jadi nasi minyak.. jadi minyak je.. hehe… Beras yang aku guna, lembut dan tak hancur adalah beras Jasmine Royal Siam.. Memang sesuai untuk nasi minyak, dan wangi giler. terus naik selera nak makan.. Terutama papa aku…dia dah lama tak makan nasi.. habis hancur diet nasi dia.. haha

20130603_135834

20130603_141555

— Beras dia sangat cantik..takde yang hancur.. panjang panjang je..patut la sedap buat nasi minyak..haish

Ok first kita nak buat nasi..

Resepi Nasi

Bahan-bahan:
  • 3 Cup Beras Jasmine Royal Siam
  • Air
  • 1 Sudu Minyak Sapi
  • 3 Sudu Minyak Masak
  • 5 biji Bunga Cengkih
  • 3 biji Buah Pelaga
  • 3 Bunga lawang
  • 1 batang Kulit kayu manis
  • 1/2 inci Halia diketuk
  • 5 biji bawang merah (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1/2 sudu kecil Garam
  • 2 sudu besar Susu Cair
  • 1 sudu besar Susu Pekat
  • 1 sudu besar Sos TOmato
  • Daun pandan
  • Pewarna merah dan kuning telur

Cara-caranya:

  1. Panaskan periuk nasi di atas dapur, masukkan minyak sapi dan minyak masak.
  2. Tumiskan kesemua bahan untuk membuat nasi kecuali beras dan air sehingga naik bau.
  3. Tutup api dapur dan pindahkan ke rice cooker untuk memasak nasi.
  4. Masukkan air (sukatan biasa) , beras dan garam. Biarkan selama 5 minit.
  5. Masukkan susu cair, susu pekat dan sos tomato.
  6. Masukkan daun pandan dan biarkan sehinga nasi masak. (tak payah letak pun takpe, sebab beras ni dah wangi)
  7. Yang terakhir, part mewarnakan nasi minyak. Titiskan pewarna kesukaan anda.. dan biar beberapa minit, sebelum di gaul.

resepi nasi minyak

Part ni paling kelakar sekali..Bila mama dah masukkan warna merah, aku tak puas hati.. sebab warna dia suram jee.. takde selera nak makan.. So aku pi amik lagi warna merah, dan warna kuning telur.. Sebab selama ni tengok orang buat warna ceria je.. hehe.. Tapi sebenarnya bukan takat warna merah aku amik.. Warna hijau sekali. Then mama pun cakap, nih nak buat nasi minyak ke nasi hujan panas/traffic light? haha..

Katanya kalau letak warna hijau jadi nasi hujan panas.. then aku simpan balik warna hijau.. akur je laaa.. Chef kan? haha…Ok, untuk ayam masak merah pulak resepinya.. Resepi ayam masak merah Bahan-bahan:

  • 3 sudu besar Cili Giling
  • 1/2 batang Kulit Kayu Manis
  • 3 ulas Bawang Putih (kisar)
  • 1/2 inci Halia (kisar)
  • 2 biji Bawang Merah Besar (kisar)
  • 1/2 inci Lengkuas (kisar)
  • 1 Biji buah Tomato (kisar)
  • Sos cili
  • Sos Tomato
  • Ayam setengah ekor (digoreng terlebih dahulu)

Cara-caranya:

  1. Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis cili giling.
  2. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama iaitu bawang putih, halia, bawang merah besar, lengkuas dan tomato.
  3. Biarkan sedikit garing
  4. Masukkan sos tomato, sos cili dan garam serta gula secukup rasa.
  5. Biarkan mendidih sebelum di masukkan ayam yang telah di goreng..
  6. Siap dah untuk di hidang..!

Acar masak? Resepinya.. simple je.. Timun2 biji di buang bahagian dalam dan dihiris, carrot di hiris, bawang besar dihiris.  Rendam dalam air kapur untuk bagi dia rasa rangup.

20130603_141503

Bahan tumis macam biasa, lawang, cengkih, kulit kayu manis dan bawang yang di blend. Tumis then masukkan sos tomato. Masak lah ia..

20130603_152523

RIndu nak balik rumah… Bulan ramadan makin tiba..pastinya laman web resepi menjadi serbuan.. kan?

Jangan lupa cuba resepi ni ye..

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

10 Comments

Leave a Reply