Skip to main content
FOODS & TRAVELLIFE & HACKS

#TSDayOut2016 Riadah di Paya Indah Wetlands, Selangor

By Jul 16, 2016September 20th, 2017One Comment

Hi, hehe.. Kisah pasal Paya Indah Wetlands. Seriously, tak pernah tahu pasal Paya Indah Wetlands ni. Bila join #TSDayOut2016 baru la tahu. Hehe.. Ni sambungan pertama untuk #TSDayOut – Boleh saya race menuju ke hati awak? Haha Gerak dari rumah pukul 7.00 pagi, sebab macam dah dekat kan. Padahal jauh jugak. Kawan-kawan yang lain ada yang gerak sendiri dan ada yang ikut rombongan bas bersama geng Tourism Selangor. Ngam-ngam sampai, terus masuk taklimat untuk aktiviti hari ni.

Ini kisah Paya Indah Wetlands, Selangor.

Paya Indah Wetland terletak di Dengkil, berdekatan dengan KLIA, Putarajaya dan Bangi. Yang tinggal area sana mesti tahu kan? Saya tinggal area Kuala Lumpur, memang la tak pernah tahu haha. Kalau ikut sejarah, Paya Indah Wetlands ni dulu bekas kawasan lombong biji timah dan hutan paya bakau.

Selepas 7 tahun diberhentikan aktiviti melombong, ia telah dibuka kepada umum pada 13 Oktober 2001. Mempunyai kawasan seluas 3,100 hektar dan kini telah berkembang menjadi sebuah kawasan alam semula jadi . Boleh dikatakan sekarang sebagai salah satu tempat pelancongan di Negeri Selangor sebab banyak aktiviti menarik boleh dilakukan disini. Sangat sesuai untuk keluarga ataupun aktiviti luar sekolah, serta beriadah. Kalau nak buat treasure hunt untuk sekolah pon ok..

Photo Hunt di Paya Indah Wetlands, Selangor

Sampai-sampai sahaja, terus diberi taklimat dan dibahagikan kumpulan. Macam biasa la photo hunt tujuan dia untuk ambil gambar-gambar menarik dan super cantik.. (masa ni tak fikir pasal contest pon. sebab tak tahu sangat, tahu Instagram Contest je.)

Dalam kumpulan kecil yang terdiri dari 9-10 orang, ada 5 buah basikal diberikan dan perlu menjawab soalan dan ambil gambar jawapan tersebut. Kami ni gigih la bahagikan kawasan-kawasan dan aku dengan sengaja nak ikut RAW pergi ke Rumah Melayu naik basikal.. Sebab tahu RAW ni pandai amik gambar cantik cantik haha.. Sebelum nak gerak, jumpa dulu team lain yang kata takleh masuk kawasan Rumah Melayu.

Aik, macam pelik pula kan. Jawapan contest Rumah Melayu tapi tak boleh masuk. Terus tanya staff Tourism Malaysia. Sempat lagi dia sakat.. “Betul ke jawapan korang tu? Entah entah bukan..” haha.. Tergugat jugak sikit. Tapi takpe, kite ada pakar sejarah iaitu abang RAW.. so bantai je..

Wildlife – kawan lama..

Sebelum tu singgah dulu jumpa kawan lama, sementara RAW ambil gambar kawan lama dia.. haaah.. aku pon join sekali..

paya-indah-wetlands-selangor-10

Sejak bila kita berkawan?

tsdayout-2016-paya-indah-wetlands-selangor-3

Hahaha.. apa apa je la Encik Crocodile.. #bye

Selain crocodile, ada lagi Wildlife lain, antaranya Badak air . Tapi sayang, saya tak cover bab “Mari bagi makan kat Badak Air”… saya cover bab Mari Beromantika di Musim Luruh dan Mari Berkayak di Tasik Teratai je. Sabo je la haha..

Rumah Melayu – Perjalanan Musim Luruh

Bermula la journey kami mencari sebuah Rumah Melayu dan kawasan berkayak selepas dapat green light dari staff Tourism Selangor menyatakan bahawasanya kami boleh masuk, terus la kami masuk dari tepi.

paya-indah-wetlands-selangor-5

Macam mat romeo dah aku tengok mamat ni.. Haha

Sepanjang perjalanan tak sangka ada kawasan cantik gila, jalan dia kiri dan kanan ada pokok dan di tengah tengah dipenuhi dengan daun gugur. Macam kat Jepun punya musim luruh.. Tapi tu la kan, penat juga la nak mengayuh.. Dapat pula seat basikat rendah. Lenguh wehhh.. Tak terfikir nak suruh abang kat sewa basikal tu naikkan seat.. waaa..

paya-indah-wetlands-selangor-0

Mula mula bila abang yang sewa basikal tu cakap, dalam 10 minit perjalanan, rasa dekat..Rupa-rupanya, nauzubillah jauh dia.. haha.. mungkin sebab basikal rendah. tapi tang berhenti banyak tu takleh belah.. Sebab sini cantik sangat walaupun laluan dia macam seram takde orang haa..

tsdayout-2016-paya-indah-wetlands-selangor-1

Opss! Berhenti lagi.. Romantika de amour hahaha

Di penghujung jalan, akhirnya jumpa juga rumah yang di cari… Rumah Melayu, reka bentuk asal dari Terengganu. Dibina tanpa paku, hanya menggunakan kayu. Cantik sangat..

Bila dah jumpa benda cantik, terus la masing masing park amik gambar.. tsdayout-2016-paya-indah-wetlands-selangor-2

Tengah tengah ambil gambar, dapat mesej dekat whatsapp.. spoil terus edisi romantika.. hahaha..

“Hye guys, ada lagi 10 minit..”

“Ada lagi 10 minit la”..

“Biar betul.. baru sampai ni”..

“ye betul la…”

“ok”

Ingatkan dia nak naik basikal dah.. rupa-rupanya sambung lagi ambil gambar lebih dekat..hahaha.. Pastu dan dan pula nak naik basikal kita.. basikal dia kat belakang, nak kebas basikal kita kat depan.. Haha..Nasib laaa…

Then kami patah balik masuk ke kawasan Mari berkayak di Tasik Teratai.

Berkayak di Tasik Teratai

Punya la jauh nak patah balik.. Sampai RAW berhenti, tanya ok ke tak.. haha.. Semputtt…Bila dah sampai.. Malangnya kami tak sempat nak bergambar havoc havoc dengan kayak.

Saya dah pancit, RAW je la yang pergi masuk dalam ambil gambar.. Saya ambil ni je..

paya-indah-wetlands-selangor-11

Mari Berkayak di Paya Indah Wetlands

Haha.. Dah penat sangat kan.  then patah balik ke tempat asal. Terserempat pulak dengan Faiz Dickie tengah kayuh basikal… Sempat lagi dia sound “Weh, sebab korang la ni group kite kalah!”.. eh.. haha.. toya betul..

Bila dah sampai ..lega gile… Baru tahu ha… tadi bukan main lagi kata dekat dekat.. jauh kan..  hehe..

Tapi takpe gambar tetap cantik..

Lagi Aktiviti menarik di Paya Indah Wetlands.

Selain dari berbasikal dalam kawasan Paya Indah Wetlands, Rumah Melayu, tengok buaya, beri makan kepada Badak Air, dan juga berkayak di Tasik Teratai, ada banyak lagi aktiviti menarik yang boleh anda lakukan.

Antaranya :

  • Meninjau kawasan Putrajaya dari menara tinjau,
  • Memancing,
  • Berkelah bersama keluarga
  • Aktiviti “Birdwatching”
  • Aktiviti Mencanting batik
  • Melihat Ikan Arapaima (ikan Naga Merah)
  • dan juga Angsa dan Burung Kasawari

Kalau tak explore memang tak tahu.. Kena teroka dulu baru tahu. Sebenarnya, tempat macam ni dan kawasan macam ni sesuai sangat kalau bawa anak-anak. Boleh bonding dengan mereka. Jangan asyik duk rumah bagi main Ipad sahaja.  Sekali sekala, ajak mereka bergumbira.. hehe. Kat sini memang best! Tak rugi datang .. okey.. Thank you Paya Indah Wetlands sudi terima kunjungan bloggers ke sana.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

One Comment

Leave a Reply