Fuh, panjang betul tajuk. Lepas abis #TSDayOut Photo Hunt di Paya Indah Wetlands, kami bergegas ke Sepang International Circuit (SIC) untuk join menonton acara Sepang 1000km Endurance Race 2016 yang turut di sertai oleh pelakon Zizan Razak dan kawan-kawannya.
Sepang 1000km Endurance Race 2016
Merupakan perlumbaan untuk kereta dibawah 1900 cc.. Macam Myvi, Viva, Kancil dan lain-lain. Mereka perlu race sejauh 1000km bersamaan 181 pusingan litar di SIC.
Banyak? memang banyak tapi perlumbaan ni berlangsung sampai malam dan mempunyai 4 orang driver bagi setiap team. Jadi dorang akan tukar driver la. Sebelum start, kami diberi peluang untuk masuk ke litar untuk tengok kereta kereta yang akan bertanding.. Tapi syarat dia kena pakai kasut kalau nak masuk. Takleh pakai selipar atau sandal. Mujur la saya selalu bawa kasut sukan dalam kereta. So tukar la sandal dengan kasut.
Tragedinya, bila dah masuk dalam, mula la masing masing berselfie dan ambil gambar di kereta kegemaran dorang. Tapi paling sadis bila saya nak amik gambar. Ramai pula yang datang. Masa saya tak amik gambar takde orang pon kat sini…
Jadinya, bila kita nak post gambar di Instagram, kita akan crop jadi macam ni…
Sabo je la ye.. Lepas beberapa minit, kami pon di arah keluar sebab race dah nak mula. Kalau nak tengok lebih lanjut boleh tengok video highlight ni dari Sepang Circuit semasa kami berada di litar.. Kalau nampak saya tu, say hi la ye.. kekee
Lepas abis masuk litar, kami masuk balik dewan, kemudian makan tengah hari sebelum sambung Sepang International Circuit Tour.
Sepang International Circuit Tour
Seperti yang saya bagitau dalam artikel sebelum ni, insan-insan terpilih je boleh masuk tour ni.. Iaitu, kami hahaha.. Biasa la, betapa jakunnya kami sebab pertama kali datang.. hehe. Kami di bawa pusing pusing sekitar kawasan. Sedikit info mengenai Sepang International Circuit yang mempunyai 2 kawasan iaitu kawasan Utara dan kawasan Selatan. Kawasan Utara litar sepanjang 2.71km dan kawasan Selatan sepanjang 2.61km. Kedua dua litar ini digunakan mengikut arah jam. (Clockwise).
Selain dari tu, kami dibawa ke Bilik Monitor dimana akan ada pegawai-pegawai yang monitor peserta perlumbaan. Kot kot la ada yang main tipu kan. Masa buat service kereta pastu seludup driver lain ke apa ke.. ada ea? haha.. Then tengok dari jauh bilik live voice over, podium kemenangan, bilik untuk press conference, bilik untuk media buat kerja dan juga tempat service kereta peserta.. Fuh.. panas bak hangg..
Lepas habis tour terus kami naik bas dan balik ke dewan tadi. Panas weh.. Betul betul membara. Sampai terus hi-tea dan bertolak ke Sepang International Kart Circuit. Main Go Kart pulak.. Pandai ke? Haha.. Eh sebelum tu ada majlis penyampaian pemenang Best Instagram Photo. Tak sangka saya jadi pemenang..Hehe.. dapatla saguhati RM100.. Rezeki… Terima kasih Tourism Selangor.. Luv u! hehe
Terima kasih Sepang International Circuit sebab bagi layanan superb kat kami.. Nanti senang-senang kami datang lagi support..
Senang-senang boleh Ke Muzium Warisan Melayu UPM
– salah satu lokasi edu-Pelancongan menarik di EduPARK UPM, Serdang Selangor, Malaysia
Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan.
Info lanjut : http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark-8530
Senang-senang
Link terkini https://sciencepark.upm.edu.my/edu_park-2606