Assalamualaikuam..
Hari Jumaat lepas masa eprgi ke Nilai, sempat la juga membodek orang jepun nak makan steamboat di Q Thai Steamboat, kat Avenue Giant, Nilai Negeri Sembilan.. Ala bersantai gitu.. Ingatkan kejap je makan kat sana.. sebab biasa kalau kita makan kat kedai, order makanan then habis, tak order dah.. So assumption kalau makan steamboat ni takut dieorg sekali makan je.. tapi sebenarnya memang betul sangkaan.. hahhahaha.. yang lama sebab bersembang, bukan sebab tambah makanan yang sedap.. grrrr..
Mula mula keberatan gak sebab mahal.. Biasa la steamboat kan? Dekat Q Thai Steamboat, satu kepala RM 22 tidak termasuk grill.. Kalau nak grill RM27.. kanak kanak RM12 untuk biasa dan RM 14 untuk grill..
Pergi dalam pukul 8.40 malam macam tak da orang je.. First step cam biasa.. pi ambik berapa banyak yang nak di makan.. saya hanyak ambil seafood, mak dan adik ambil bebola , dan abang ambil nasi.. ha.. dia ni memang tak lekang ngan nasi.. Ada macam-macam lauk dan nasi yang berasaskan Thai..
Untuk sup steamboat ada 2 sup, sup ayam dan sup tomyam.. pendapat saya bab steamboat kat Q Thai Steamboat ni seafood dia tak berapa fresh terutama sotong.. Dan tomyam dia masih lagi tak dapat lawan Soul Garden.. Soul Garden tetap terbaik walaupun hanya ada sup tomyam…
Makanan lain.. desert ada kuih kuih macam kuih lapis, karamel dan aiskrim.. Kalau ikutkan dekat website Q thai Steamboat ni rasa macam banyak deseart.. Mungkin masa tuh dah habis kot, termasuk kek.. tak pun Q Thai Steamboat kat cawangan Nilai ni mungkin kurang sikit.. Kata mama, karamel dia sedap walaupun saya rasa agak pahit.. dan bagi Yani.. bila dia makan kuih lapis dan aiskrim yang di cairkan, baru la sedap kuih lapis tuh, yang sebenarnya tawar.. huhu..
Kalau tang air, memang tak termasuk dengan Harga Steamboat.. Saya ngan Sis dah get ready dengan air mineral.. haha.. . Mama ngan along je order air.. Jimat punya pasal walaupun yang bayarnya bukan saya…
Jom layan gambar yang ada..
Apa kata anda yang pernah makan kat sini?
#jangan lupa komen,.
start bulan ni kita akan bagi hadiah wang tunai untuk 3 pengomen paling banyak..#
wow .. bile la boleh try steamboat mcm ni .. hoho
Sedapnyaaaaaa! Sedapnyaaaaa! mengidam nak makan steam boat terus tau.
Selalu makan kat red wok @ falmming je. hisssh jeles ni.
sggat myelerakan lah…yummmiii…
bestnya. lama x makan steamboat hahaha. ngidam plak rasanya nie
seronoknyer…banyak pilihan….