Eid Restoran Makanan Korea Halal Di Bangi | Alhamdulillah, setelah sekian lama sampai juga Eid kat Bangi. Sebenarnya tak tahu pun dibuka kat sini, tapi kawan yang ajak, baru la tahu. Kami kira pertama kali makan di Restoran Eid. Member ni pun nak makan sini sebab sebelum ni makan kat Itaewon, Korea.
Eid ni merupakan Restoran Makanan Korea Halal yang di buka di Bangi. Saya sebenarnya kurang suka makanan Korea. Tapi bila cuba makanan di sini. Ya Ampun sedap gila!
Eid Restoran Makanan Korea Halal di Bangi
Kami pergi hari Ahad pukul 8.30 malam, itu pun mujur ada customer baru habis makan. Kalau tak memang kena tunggu. Restoran Eid boleh muat dalam 30-40 orang. Setiap setengah jam mesti ada yang datang. Boleh tahan ramai orang.
Makanan Korea Pilihan Kami
Ada banyak pilihan menu dalam 10 menu macam tu, dan kami pilih 3 menu. Menu yang ada daging, ayam dan kek nasi.
Oh.. banyak kami makan malam tu..ada lagi makanan sampingan.Ini 3 sampingan. Ada lagi 1 sayur kobes. Di asingkan. Itu je la sayur yang ada. Mujur saya ni boleh makan je hehehe..
Komen?
Sedap gila, lepas ni confirm saya akan bawa family makan kat sini.Sebab nak makan dekat mall mall tu macam tak berapa yakin. Jadi bila dah ada Eid – Restoran Makanan Korea Halal di Bangi, bersedia la untuk terjah selalu. Nak ajak pergi Korea jauh sangat kan, kos pun tinggi. So akan di bawa ke sini. Lagipun makanan pun tak pedas. Sesuai untuk semua usia. hehe Nak singgah Eid Restoran Makanan Korea Halal di Bangi? Sila ke lokasi ini.