Skip to main content

Besito’s Survival Shah Alam, ingatkan restoran milik omputeh. Rupanya pemiliknya anak muda Melayu. Ye la, nama dia tu internasional sangat haaa.. Restoran Besito’s Survival terletak di Seksyen 23, Shah Alam. Diusahakan oleh 3 rakan bersama Hazlan Dahlan, Firdaus M Ali dan Megat Mohd Azhar.

Besito's Survival Shah Alam Seksyen 23

Pertama kali makan kat sini, bukan sahaja makanan western disajikan, Makanan tekak melayu yang tak boleh lupa nasi pun ada. Jadi, kat sini memang variety.

Sajian Restoran Besito’s Survival Shah Alam Portion Besar

Betul, sajian di sini bukan biasa-biasa. Makanan dan minuman dia agak unik kalau anda nak makan benda yang lain dari yang lain.

Besito's Survival Shah Alam bersama Blogger

Kami kaki makan. Kredit gambar Khai Artzfar

Besito's Survival Shah Alam Abalone Mee Kasar

Abalone Mee Kasar

Rasa macam makan maggi ayam sebab kuahnya tu dari stok ayam. Sedap dan sesuai untuk yang kurang suka pedas.

Besito's Survival Shah Alam Bukan Western Sahaja 2

Spaghetti Meatball

Untuk yang gemar spaghetti boleh cuba. Tapi untuk yang kurang gemar minyak, elakkan. Sebab agak banyak minyak di gunakan hehe. Meetball dia kata kawan sedikit kenyal.

Besito's Survival Shah Alam Chili Crab with Mantou Ban

Chili Crab with Mantou Ban

Oh.. Ini ban sangat sedap. Cicah dengan Cili Crab tu. Kalau makan dengan nasi kosong pon ok. Tak pedas dan tak manis sangat. Sedap rasa.

Besito's Survival Shah Alam Garlic Butter Noodle Chicken Chop

Garlic Butter Noodle Chicken Chop

Ini faveret. Sedap. Kena biar lama sikit selepas masak, bagi dia serap dulu dan kering baru makan. Cuma sos black peper kurang umph.. Kena letak banyak lagi black peper. Hehe

Besito's Survival Shah Alam Lamb Shack

Lamb Shack

Lamb Shack khas untuk penggemar lamp.

Besito's Survival Shah Alam Mee Raja Tomyam Seafood

Mee Raja Tomyam Seafood

Ini menu baru. Jarang orang jual mee raja. Kali ni ada mee raja tomyam seafood. Agak kering sikit. Kalau basah sikit lebih ok.

Besito's Survival Shah Alam Nasi Goreng Ayam Pandan

Nasi Goreng Ayam Pandan

Saya suka nasi goreng ayam pandan ni. Ada rasa sedikit belacan. Dan portion pon banyak.

Besito's Survival Shah Alam Roti Naan Papero

Roti Naan Special heheh.. Lembut …kena makan masa panas baru rasa umphh cheese dia..

Mix Grill

Ini boleh makan 5-8 orang.. Sungguh, dah santap makanan tadi semua ini terakhir. Cuma kalau ada sos cili norfa lagi suka hahaha..

Besito's Survival Shah Alam Bukan Western Sahaja

Bermacam jenis air special ada.  Saya punya I LOVE YOU hehe..

Tempat Lepak Hujung Minggu Sambil Nikmati Makanan Sedap

Hujung minggu memang ramai orang, terutama selepas pukul 9 malam. Jadi kalau nak datang makan elok selepas magrib. Kalau ada perlawanan besar, memang restoran Besito’s Survival Shah Alam akan penuh. Boleh la datang tengok live ramai-ramai. Untuk yang nak mencuba makan Besito’s Survival boleh ke Seksyen 23 Shah Alam. Yang nampak restoran ni dari jauh, cuba cuba la masuk.Hehe..

Besito’s Survival Shah Alam

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

Leave a Reply