Hi, Dah lama tak makan maggi, nak rendam maggi rasa dah muak dah makan dulu-dulu masa kat kolej. Bila tengok maggi dalam bungkusan tu rasa nak makan, tapi bila makan mesti tak habis. Makan sikit je lepas tu, jadi jamuan tong sampah. heh. Dah tua kot, so nafsu nak makan maggi pun dah kurang.
Oleh kerana, membuak-buak sangat nak makan maggi, terfikir nak buat maggi hailam. Google di facebook Resepi Maggi Hailam, tapi tak jumpa. Kebanyakkanya resepi mee hailam je. Bila ada resepi mee hailam je, kena la pandai olah gantikan dengan maggi.. Hehe.. Dan alhamdulillah selepas bersilat kat dapur selama 15 minit, menjadi!
Oh..nak cakap, resepi ni tak pakai minyak tau.. dan mudah sangat. Khas untuk orang bujang. Sebelum tu pergi Giant dulu beli seafood dan sayur.
Resepi Maggi Hailam Seafood Mudah dan Sedap!
Bahan-bahan:
- 1 Bungkus Maggi (tak kisah la jenama apa..saya pakai jenama Maggi)
- Kaki ayam ( boleh tukar dengan isi ayam.. wajib ada ayam sebab nak kan air rebusan dia)
- 5 ekor sotong (di potong)
- 5 ekor udang
- Bawang kecil dihiris
- Halia 1 inci. Dihiris dan diketuk.
- Sayur sawi (dipotong)
- Lobak Merah ( dihiris bulat )
- Lada kecil (di potong)
- Tomato ( di belah 6)
- Tepung jagung / gandum ( 1 sudu ) dibancuh dengan sedikit air.
- Air 1 cawan
- Kicap
- Secukup rasa
Cara-cara:
- Rendam maggi terlebih dahulu. Jangan terlampau lama! Kemudian toskan. Letak di tepi.
- Masukkan 1 cawan air kedalam kuali. Masukkan juga kaki ayam atau isi ayam. Biarkan sehingga masak.
- Masukkan pula seafood iaitu sotong dan udang. Biar sehingga masak.
- Masukkan kicap, halia, lobak dan bawang. Biar kan lobak sedikit masak.
- Masukkan lada yang telah dihiris, maggi, dan sawi. Kacau sehingga rata.
- Perisakan dengan secukup rasa.
- Masukkan tepung yang dibancuh tadi. Tuang sedikit sedikit. Kalau dah pekat, boleh stop.
- Masukkan tomato. Kacau dan pastikan maggi masak ye. Siap!! Boleh di hidang panas-panas!
Wahhh.. nampak sedap kan.. kalau makan lagi sedap. Mudah je.. Ini la resepi orang bujang. Kalau bahan-bahan banyak, maggi sebungkus kalau dimasak jadi Maggi hailam boleh makan 2 orang. Kalau jenis makan banyak, memang habis 1 bungkus sorang! hehe.. Boleh cuba Resepi Maggi Hailam Seafood Mudah dan Sedap ni..