Skip to main content

Hi, Anda sekarang berada di Port Dickson? Mencari tempat makan sedap di Port Dickson? Atau mencari cafe untuk lepak di Port Dickson sambil makan makanan yang super sedap? Inns J Cafe ada! Cafe ni boleh di kategori sebagai Cafe Hipster. Interior design sangat cantik! Terletak di LUKUT, Port Dickson.

Hari tu masa pergi Port Dickson bersama rakan blogger Emas Putih dan Encik ST untuk 1 event disana, sempat juga singgah di Inns J Cafe Port Dickson ni.  Tak sangka ada cafe terbaik ini dekat PD. Dan tak sangka makanan di sini sedap!

Inn J Cafe Port Dickson saji makanan Barat & Melayu

Pemilik Inns J Cafe ini merupakan seorang yang berbangsa Chinese, tapi jangan risau, kesemua makanan di Inns J Cafe adalah halal. Ayam di import dari pengusaha ayam yang halal. Menurut pemiliknya, kebanyakkan makanan di sini di ‘monitor’ oleh seorang chef Melayu di Kuala Lumpur. Chef ni terkenal, dan dari segi rasa sendiri, beliau akan buat ‘spot check’ apabila datang sini.

Kualiti makanan memang di jaga, dan apabila anda makan disini, pasti anda akan terasa macam makan makanan kampung. Sebab masakan melayu ada yang berasaskan belacan.! Sebut saja belacan dah terliur hehe. Belum cuba belum tahu. Dah cuba, tengok gambar sahaja pun nak pergi lagi. Meh layan gambar hidangan kami sepanjang 2 kali berkunjung di Inns J Cafe. Ye.. Dua kali kami makan kat sini. Sebab sedap sangat la kot!

Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -051

Grilled Chicken Chop bersama Sos Black Pepper – Rm14.50 – Recommended.. Portion besar dan banyak!

Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -051

Lamb Grill – RM 18.90.. Meleleh tengok weh!

Chicken Maryland - Portion besar dah sedap!! Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -033

Chicken Maryland – RM14.50 . Portion besar dah sedap!!

Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -050

Chicken Maryland – Rm14.50.. Portion besar dah sedap!!

Nasi Goreng Kampung Lukut (Spicy) . Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -034

Nasi Goreng Kampung Lukut (Spicy) – RM13.50

Chicken Chop with Butter Rice. Yang ini pon sedap . Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -040

Chicken Chop with Butter Rice. Rm14.50 .. Yang ini pon sedap ..

Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -053

Nasi + Assam Pedas – RM13.50

Kerabu Fried Bihun ..Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -041

Kerabu Fried Bihun .. Rm 11.50 Lain dari yang lain

Nasi Udang Petai Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -042

Nasi Udang Petai Inns J Style – RM13.50.. Yang ni khas untuk peminat petai! Sedap dan pedas okey!

Seafood Pasta. Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -043

Seafood Pasta – Rm17.50..

Spaghetti Bolognaise. Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -044

Spaghetti Bolognaise.  RM 15.50

Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -016

Inns J Cafe Pudding Special Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -038

Inns J Cafe Pudding Special – RM8.90

Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -037

Air? Chocolate Smoothies, # layer tea dan Teluk Kemang Sunrise.

Komen makanan?

Ini antara cafe yang saya pergi menyajikan makanan yang sedap dan kena dengan tekak saya. Western yang umpp dan boleh kata antara Makanan Western yang sedap di Port Dickson, dan juga makanan melayu yang kena dengan tekak. Cuma Yang petai tu je rasa kuat sangat Belacan.Tapi sedap.

Harga berbaloi?

Kalau tanya saya jawapannya yes! Berbaloi..  Nak nak makanan western. Besar betul portion dia. Boleh makan dua orang.

Halal?

Yang ni saya dah cakap tadi. Pemiliknya Chinese bersama partner seorang chef Melayu untuk makanan melayu.Tidak menyediakan arak atau pun pork. Tapi supplier ayam semua dijaga dan kebanyakkannya dari supplier muslim. Boleh baca komen ini.

Makan di Inns J Cafe Port Dickson Pasti Puas Hati -054

Kalau masih tak yakin, jangan makan ye. Saya yakin saya makan! Nak singgah Inn J Cafe Port Dickson? Alamat : No.1, Taman Lukut Indah, Lukut , Port Dickson. (landmark Petronas Lukut) Waktu operasi : 11 pagi – 11 malam No.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

One Comment

Leave a Reply