Skip to main content

Hi, Masih terliur lagi rasa Ikan Patin Masak Tempoyak yang kami makan di Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju seminggu lepas. Oh memang maveles gila! No wonder sentiasa penuh sahaja.

Restoran Temerloh Catering ini pada asalnya dibuka di R&R Temerloh sahaja, sebelum membuka cawangan lagi di Shah Alam, dan Bangi. Kini di Wangsa Walk. Kalau dekat Shah Alam, memang pack! Kali ni warga Kuala Lumpur dah boleh makan Ikan Patin Masak Tempoyak di Wangsa Maju.

Ikan Patin Sangkar ke Ikan Patin Sungai?

Orang yang biasa makan ikan patin mesti akan tanya soalan ini. Ikan patin sangkar lebih murah berbanding ikan patin sungai. Tapi ikan patin sungai lagi sedap! Dan di Restoran Tempoyak Catering mereka menggunakan Ikan Patin Sungai! Poor ok.

Tapi jangan risau, memang tak hanyir.. Sedap sehingga menjilat jari!

Restoran Tempoyak Catering, Saji Ikan Patin Masak Tempoyak Terbaik!

Restoran Temerloh Catering : Ikan Patin Masak Tempoyak sedap!

Nampak..Sungguh menyelerakan..

Saya jarang makan ikan patin masak tempoyak, mungkin sebab susah nak cari patin. Tapi pernah makan sekali d R&R Temerloh. Ye la. Papa saya kalau saya datang KL mesti singgah di R&R Temerloh nak makan Ikan Patin Masak Tempoyak.

Jangan sembang kalau tak pernah cuba. Tengok sahaja dah selera, tapi kalau makan Ikan Patin Masak Tempoyak sahaja mungkin tak berapa selera. Kena tambah ulam-ulaman dan sambal belacan baru umph!!

Restoran Temerloh Catering - Ikan Patin Masak Tempoyak sedap -001

Restoran Temerloh Catering - Ikan Patin Masak Tempoyak sedap -001

Restoran Temerloh Catering - Ikan Patin Masak Tempoyak sedap -001

Restoran Temerloh Catering - Ikan Patin Masak Tempoyak sedap -001

Restoran Temerloh Catering - Ikan Patin Masak Tempoyak sedap -001

Restoran Temerloh Catering - Ikan Patin Masak Tempoyak sedap -021

Ais Jagung dan ABC Special!

Sedap?

Ye memang sedap! Habis 1 mangkuk ni saya sorang je makan. 1 kali tambah nasi.  Pheww.. Makan pulak dengan sambal tempoyak! Selera naik mendadak..

Betul orang cakap, Ikan Patin Tempoyak Temerloh memang terbaik..

Harga?

Saya tak boleh nak cakap harga kat sini murah.. Tapi saya boleh cakap, harga kat sini sangat berbaloi! Ikan Patin Sungai, jangan expect murah ye. Lagipon ikan dia tak hanyir. Berbaloi dan sedap! Itu je saya akan cakap. Kalau makan kat Temerloh pon, lebih kurang je harga..

Restoran Temerloh Catering - Ikan Patin Masak Tempoyak sedap -001

Ramai orang.. Harap bersabar ye! 😉

Restoran Temerloh Catering - Ikan Patin Masak Tempoyak sedap -020

Tagline Restoran Temerloh Catering -PATINiers

Restoran Temerloh Catering - Ikan Patin Masak Tempoyak sedap -021

Saya memang recommend makan kat Restoran Temerloh Catering. Tak rugi! Selera saya memang lepas makan ni rasa nak singgah lagi.. Ada yang nak merasa? Boleh ke alamat di bawah :

Restoran Tempoyak Catering

Restoran Temerloh Catering Wangsa Maju No.35- G, Kedai D’Wangsa, Block 1D, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur No tel : 03 – 4141 5044

Restoran Temerloh Catering Bangi No 4 & 6, Jalan 8/36, Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor No tel : 03- 8920 8955

Restoran Temerloh Catering Shah Alam 2-G, Jalan Pahat J 15/J, Kompleks Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40000 Shah Alam, Selangor

RNR Temerloh No.13, R&R Temerloh (arah barat), 28000 Temerloh, Pahang.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

One Comment

Leave a Reply