Assalamualaikum.
Aku sekarang memang jarang travel. Tapi insyaAllah tahun hadapan 2015 bermula la sesi travel backpack aku. Ada yang terkejut bila aku cakap tarikh travel backpack aku semua dekat -dekat. Memang betul betul lepas gian. Mama dah bising sebab aku habiskan duit macam tuh je.. huhu..
Aku biasa kalau dekat-dekat memang aku pakai beg sandang belakang je. Memang bukan beg backpack yang betul-betul. Nanti nak travel next year baru la aku beli real backpack bag.. Tengok harga, agak mahal juga la.
Kali ni nak bercerita mengenai cara nak pack barang untuk travel pakai luggage. Ini untuk travel biasa. Bukan backpack ye. Nanti aku tulis yang backpack pula.
Ini berdasarkan pembacaan aku di web sebelum aku pergi travel.
Cara pack barang untuk travel
1. Cuaca tempat yang dituju
Sebelum travel kena tengok keadaan cuaca yang hendak dituju. Kalau travel di tempat yang mempunyai empat musim, boleh cek keadaan cuaca dan suhu di sana supaya senang nak packing.
Aku pernah pergi Korea waktu winter. Serius tak tahan sejuk bila keluar ke bandar. So better bawak baju yang sesuai, kalau rasa tak mampu nak beli kat Malaysia beli la kat sana.
2- Guna luggage yang ringan
Luggage yang ringan ni memberi untung pada anda bila nak masuk airlines. Tapi luggage yang ringan mngkin agak mahal. Tapi untuk mereka yang jenis tak beli sourvenier yang banyak mungkin tak kisah dengan luggage yang berat atau pun ringan. Sebab masih lagi dibawah berat yang diluluskan. Kalau tak memang sedap membayar lebihan berat.
3- Letak baju besar dan berat di bawah
Yes, semasa nak pack baju dalam luggage, better letak baju yang besar di bahagian bawah. Nanti senang bila nak cari baju yang kecil-kecil. Kalau letak baju besar kat atas, memang mengambil masa la nak cari yang kecil-kecil sebab berada di bawah.
4- Pilih barang yang boleh di gulung dan di sumbat.
Pilih barang barang yang boleh digulung untuk menjimatkan ruang didalam luggage. Kebiasaanya aku memang gulung semua baju supaya boleh isi banyak ruang.
Stoking-stoking tuh kalau boleh letak dalam kasut yang dibawa jika ada. Supaya tak membazir ruang. Masukkan segala benda yang boleh dimasuk pada ruang kosong. Kena pandai la.
5- Pack barang yang mudah pecah di tengah-tengah
Untuk mengelakkan barang-barang anda pecah, better to pack barang tersebut di bahagian tengah. Tapi lebih baik tak payah bawak barang yang mudah pecah. Tak ada pening kepala nak fikir macam mana nak pack. Ye dak?
6- Letak baju formal atau dress di bahagian atas.
Untuk mengelakkan kedutan yang teruk, sila letak baju formal dan dress anda di bahagian paling atas sebelum tutup luggage.
7- Bawa lebih beberapa baju nipis
Biasanya baju baju nipis yang sesuai untuk musim sejuk dan juga panas. Kalau rasa panas pakai 1 2 lapis sahaja. Kalau sejuk boleh pakai banyak lapis. So senang boleh ikut keadaan cuaca tempat travel.
OK.. that’s it. Next week sambung untuk backpack bag pula ye..
Tip ni memang sangat-sangat bagus dan patut diikut oleh semua yg gemar melancong. tengkiyu!
Nice sharing….Nad pun kadang-kadang pening bila bab packing ni…
Bukan apa…semuanya nak bawakkk sekali..hehe
selalu main redah aje. takdenya nak check sangat. haha
Huhu..seronoknya dah ada pengalaman ke korea..terasa juga nak kesana..hehe..terima kasih kongsikan tips ni..