Skip to main content

Hi korang.

Entry makan lagi. Kali ni makan di U Cafe Wangsa Walk pula bersama dengan rakan blogger. Terima Kasih Jamar Bahar sebab invite norfa untuk join sekali. Ramai blogger yang join rupanya!

U Cafe Wangsa Walk terletak bahagian luar Wangsa Walk, dekat dengan pintu utama. Nak pergi Wangsa Walk, hanya naik LRT turun di Sri Rampai. Berjalan sikit dalam 5 minit, terus sampai.

U Cafe Wangsa Walk saji pelbagai hidangan!

U Cafe Wangsa Walk dimiliki oleh syarikat U Chef Cafe Sdn Bhd. dan pemiliknya adalah chinese. U Cafe Wangsa Walk ada sijil halal dari Islah Research Circle & Perunding Jon Juhann. Gambar kredit to Ieda! Aku tengah tunggu pengesahan dari Jakim. Nanti dah dapat reply aku update.

Masa pergi hanya nampak Nasi Kukus Ayam Berempah di bawah. Ingat kena review yang itu je. Rupanya kat bahagian atas, banyak makanan menyusul untuk perut kami semua. Dah melantak Nasi Kukus Ayam Berempah yang sedap, pastu datang pula hidangan-hidangan lain. Memang full betul haritu.

Sebelum ke hidangan lain. Aku nak cakap.

Nasi Kukus Ayam Berempah di U Cafe Wangsa Walk hanya RM3.00!!!
Korang pergi makan dari pukul 12 Tengah Hari sampai ke 2 petang!

U-cafe Wangsa Walk -23

Nasi Kukus Ayam Berempah! Sedap dan Murah gileee..

Tak sangka, kat Wangsa ada restoran yang sajikan makanan sedap macam ini. Dari makanan timur sehinggalah ke barat. Semua ada. Yang di’fusion’kan pun ada. Kalau tengok menu memang rambang mata.

Jadi tengok apa yang kami makan hari Sabtu lepas. Gerenti terliur terus. hehe

U-cafe Wangsa Walk -22

Kerabu Mangga dan taugeh!

U-cafe Wangsa Walk -21

Sup Daging bersama Suhon! Sedap makan dengan Nasi Kukus Ayam Berempah!

U-cafe Wangsa Walk -20

Combo Platter – RM30.90

U-cafe Wangsa Walk -19

Seafood Platter- RM35.90

U-cafe Wangsa Walk -16

Desconstructed Caeser Salad – RM12.60

Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop - RM 37.90

Spaghetti Aglio-Olio With Sea Scallop – RM 37.90

U-cafe Wangsa Walk -11

Signature Combo Mixed Grilled - RM63.50

Signature Combo Mixed Grilled – RM63.50

Flying Fish Rice  With Soy Sauce - RM18.95

Flying Fish Rice With Soy Sauce – RM18.95

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf.

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf.

Nasi Lemak Kari Ayam

Nasi Lemak Kari Ayam

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry

Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry

Penang Curry Laksa

Penang Curry Laksa

Cantonese Kuew Teow with Seafood

Cantonese Kuew Teow with Seafood

Asam Laksa

Asam Laksa

Komen sikit?

Makanan memang banyak, cuma mungkin boleh perhatikan betul-betul kualiti makanan.

Overall bagi aku makanan kat sini tak dinafikan sedap. Sup daging, nasi kukus ayam berempah, flying fish aku paling suka. Cuma ada makanan yang perlu dibaik pulih rasanya dan texture dia.

Contoh, Combo Mix Grill, lamb sangat liat dan susah nak potong. Sehingga tak termakan. Kalau dimasak betul, lembut memang sedap! Mungkin masa tu sebab kejar masa so, dimasak secepat mungkin untuk serve rakan blogger.

Blogger Deq Noor di U Cafe Wangsa Walk

Blogger Deq Noor di U Cafe Wangsa Walk. Paling gigih potong daging.. tapi.. daging liat!

Selain dari western, makanan kegemaran aku Asam Laksa, cuma kat U-cafe tak berapa kena dengan tekak sebab terlampau masam. Hehe. Sebab aku tak suka masam kot.

Tapi aku cakap, selain dari tu, U Cafe Wangsa Wall Tempat Makan Sedap di Wangsa Maju yang boleh dikunjungi.. Memang patut cuba!

Selain tu, korang boleh tempah untuk buat event disini.

Kalau anda nak pergi ke U Cafe Wangsa Walk, boleh ke alamat dibawah:

U Cafe Wangsa Walk
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia

Tel. No : 019-3133668 (Rachel)

Facebook : U Cafe

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

Leave a Reply