Hi,
Wah.. Ramadhan ya Ramadhan. Ramainya cari resepi untuk berbuka puasa. Kali ni aku nak share dengan korang, satu resepi ayam masak merah paling sedap aku pernah buat. Sumpah tak tipu.
Mula mula dulu buat Ayam Masak Merah jadi warna merah biasa je. Aku selalu fikir, macam mana orang buat ayam masak merah jadi warna merah pekat macam warna hati. Ingatkan letak gula melaka. Tapi bukan.
Tapi tak sangka, lepas buat berulang kali, akhirnya jadi juga ayam masak merah warna merah hati! Serius sedap. Makan nasi putih bertambah banyak kali.
Ayam masak merah ni sebenarnya memang sedap makan dengan Nasi Minyak. Aku ada kongsi resepi nasi minyak di blog aku. So kali ini aku nak share resepi Ayam masak merah.
Apa resepinya? Ala mudah saja.
Resepi Ayam Masak Merah Mudah!
Bahan-bahan diperlukan:
- Ayam setengah ekor (digoreng terlebih dahulu)
- 3 sudu besar Cili Giling (Boleh letak banyak kalau nak pedas)
- 1/2 batang Kulit Kayu Manis
- 3 ulas Bawang Putih (kisar)
- 1/2 inci Halia (kisar)
- 2 biji Bawang Merah Besar (kisar)
- 1/2 inci Lengkuas (kisar)
- Sos cili
- Sos Tomato
- Pes Tomato
- Garam & gula. (nak manis gula lebih)
- 1 labu bawang besar kuning (dihiris bulat)
- Daun bawang (dihiris)
Cara-caranya:
- Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis cili giling sehingga garing dan kegelapan! (wajib)
- Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar bersama iaitu bawang putih, halia, bawang merah besar dan lengkuas. Sehingga betul betul garing dan sedikit gelap! (wajib)
- Masukkan sos tomato, sos cili, pes tomato dan garam serta gula secukup rasa.
- Biarkan mendidih sebelum di masukkan ayam yang telah di goreng..
- Taburkan bawang dan daun bawang yang dihiris.
- Gaulkan Siap dah untuk di hidang..!
Apa beza Pes tomato dan Sos Tomato?
Pes tomato letak banyak tak masam, macam sos tomato. So nak sedap lebihkan pes tomato dari sos tomato.
Jadi tak macam ni ?
Tak jadi macam ni? atau lebih gelap sikit? takpe.. janji sedap!
Sebenarnya tak ada gambar, takdan nak amik gambar orang dah kauk. So iras-iras macam ni la. Serius sedap!
tengok pon dah menyelerakan. tq share resepi ini..
Hot post – Resepi Nasi Goreng Ikan Sardin Hadiah Dari Hati
Boleh cuba ni…thanks
Sos n Pes kne ltk bpa sudu/senduk ?
Ltak air x ?
sedap…boleh cuba ni 🙂
test komen sekali