Destinasi kedua selepas singgah sebentar makan nasi vanggey di Perak, terus menuju ke Wang Kelian Perlis bersama #Danish, #Qina dan #Eddy.
Wang Kelian terletak di antara sempadan Perlis dan Thailand, berdekatan dengan Padang Besar. Kalau tak tau jalan, pakai je GPS, gerenti sampai.
Wang Kelian ni macam dekat Rantau Panjang juga la. Tempat dia lebih kurang je dua-dua ni. Tempat beli belah barang murah.
Dulu masa kecil selalu pergi Rantau Panjang. Teman mama pergi shopping periuk belanga.. Last pergi rasa masa tingkatan dua kut. Dan kenangan tak leh lupa bila minum cendol yang berbentuk ulat. hehe.. terus tak leh telan.
Kami sampai Wang Kelian dalam pukul 8 lebih. Sempat jalan jalan. Boleh dikatakan ramai yang datang shopping di sini. Macam macam ada. Nampak kacang Pistacio. Tapi tengok je la.. Beg duit kan tertinggal kat KL. hehe.. So kira ni masuk sempadan tanpa kad pengenalan la ni.. Mujur tak kena tahan.. Serik mak!.
Pintu sempadan Wang Kelian
Kalau dah penat shopping tak larat nak angkut barang, boleh naik motor sewa ni.. tapi dah lupa dah harga dia.. Kami tak naik la sebab tak beli ape pun kan.
Toto menjadi barangan pilihan bila shopping kat sini. Murah¬
See.. Makcik makcik ramai yang shopping sini..
Boleh dikatakan panjang la juga pasar dia. Makanan-makanan yang dia jual menarik. Tapi serius tak berani nak membeli. Heh.
Ditambah dengan terik matahari pagi dan kepanasan tak ada angin. So jalan-jalan pusing cuci mate.. Huhu
Mujur masa nak balik tuh hujan. Lega sikit walaupun basahnya banyak. haha.. Nasib la..
On the way nak keluar tuh sempat selfie dekat tugu Immigration. Dah pandai pegang monopod masa ni.. Tak segan silu dah~.. haha
Kebetulan perasan jalan sini cantik. Terus berhenti kereta tepi jalan. Sempat la selfie.. Pastikan line clear.
Part ni takleh blah. Monopod ada 1. Masing masing nak selfie, pegang monopod sambil berlari anak ke tengah jalan. hahaha
OK.. nanti tunggu sambungan Part 3 plak ye.. Yang tak baca lagi kisah sedih Part 1, boleh baca di SINI
Ramai betul orang memborong ye. Kira ada hikmah la tu dompet tertinggal. jimat duit. Hehe
Cantik gambar atas jalan raya tu kak norfil. I loike!! hehehehe
30 jam?
okeh. leh siap 30 artikel lebih tu. haha