Skip to main content

Assalamualaikum..

Kalau pergi perak Kellie’s Castle boleh dikatakan tempat menjadi perbualan ramai kerana mempunyai kisah tersendiri sejak dibina sehinggalah sekarang.

Beberapa bulan lepas sempat ke Kellie’s Castle bersama team Sahabat Media di Perak. Kami pergi waktu malam untuk merasa kewujudan entiti di Kellie’s Castle.

Tapi hanya beberapa orang sahaja yang berani ditinggalkan di ruang bilik-bilik di Kellie’s Castle. Yang lain tak berani termasuk la aku.. Hehe..

Sebelum kami ikut road tour kawasan sekitar, pihak Kellie’s Castle menayangkan sebuah video bukti kewujudan entiti di beberapa buah bilik di Kellie’s Castle seperti bilik tidur anak perempuan William Kellie Smith iaitu Halen.

Misi Night Tour di Sekitar Kellie’s Castle

Kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan di bawa bersiar di sekitar kawasan istana Kellie.

Menurut penjaganya, Istana Kellie dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu. Campuran tersebut dijadikan seperti simen. Mereka tidak menggunakan paku, besi atau jentera berat.

“Beberapa bahan binaan di import dari beberapa buah negara seperti India – Batu marmar, Itali – Jubin, dan juga batu bata jenis aprikot, kayu cengal yang ketahanannye boleh menjangkau 200 tahun. “

 Tayangan video wujud entiti di Kellie's Castle

William Smith di Kellie's Castle

William Kellie Smith

Beranda Kellie's Castle

Bangunan tidak siap berhantu Kellie's Castle

Laluan Tangga ke Bilik Menyimpan Arak di Kellie's Castle

Laluan tangga ke bilik arak bawah tanah.

Blogger di Kellie's Castle

Menyingkap misteri disebalik pagar..

Sejarah mengenai Kellie's Castle

Sejarah mengenai Kellie’s Castle

Tempat membakar over di Kellie's Castle

Tempat membakar. Yang kecil ada yang besau pon ada..

Telaga misteri Kellie's Castle

Telaga misteri yang mungkin ada misteri di bawah sana. Katanya masih ada kereta milik William Kellie Smith di bawah sana.. hmm.. 

Terdapat Ukiran muka William dan anak-anaknye Kellie's Castle

Disetiap hujung tiang mempunyai ukiran wajah William Kellie Smith, isteri dan anak-anaknya.

Merasa Kewujudan Entiti di Kellie’s Castle

Seperti yang aku bagitahu terdahulu, kami diberi peluang untuk merasa kewujudan entiti di bilik bilik dan lokasi panas di Kellie’s Castle.

Beberapa orang media di tinggalkan di dalam beberapa buah bilik selama 10 hingga 20 minit untuk merasa kweujudannya. Dan hasilnya, seorang media dapat melihat kelibat lampu seperti flash yang dipercayai ia adalah antara entiti yang ada.

Menurut pengurusnya, beberapa orang pernah melihat kelibat entiti yang berkeliaran di kawasan istana dan merasai sendiri kewujudannya termasuk lah kewujudan Gopal iaitu penjaga istana suatu ketika dahulu.

Untuk membaca lebih jelas mengenai peristiwa di Kellie’s Castle, anda semua boleh baca di blog Harith Sidek.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

2 Comments

Leave a Reply