Tip Perancangan Bercuti ke Maldives. Bajet atau Mewah?. Maldives merupakan pulau yang seringkali menjadi tumpuan kalau bercerita pasal tempat berbulan madu. Memang orang kata destinasi impian.
Tapi untuk yang nak pergi bercuti suka-suka pun tak menjadi masalah, kerana Maldives bukan sahaja untuk berbulan madu, tapi khas untuk pencinta pantai dan ingin melihat sendiri keindahannya.
Air yang jernih, cantik sangat.
Pasir yang putih, memang akan dapat permandangan yang indah.
Tapi bajet tak cukup? Ala… jangan risau. Kalau nak pergi Maldives, kita ada pilihan untuk bermewah atau untuk bercuti bajet.
Plan Bercuti di Maldives
1. Penginapan
Percutian Bajet : Sekiranya anda bercuti dengan kawan-kawan, tak perlu rasanya nak menginap di resort mewah. Boleh menginap di Hotel Bajet di Pulau Maafushi. Pulau Maafushi ni antara pulau yang ada hotel bajet.
Kalau di sekitar bandar, dan ingin menginap selepas sampai Airport, boleh menginap di Bandar Male atau Hulhumale. Sebelum ke Pulau Maafushi keesokan harinya.
Percutian Mewah : Kalau ada bajet lebih atau bajet yang besar, boleh la nak merasa menginap di resort mewah atau resort atas air. Tapi ada yang kata, resort atas air tu biasa je. Panas kot.
Banyak pulau yang ada resort mewah, cantik. Tapi kalau tak pergi pun, boleh ke sana dalam pakej Island Hopping.

mewah? nak menyelam, terjun terus dari tingkap. kalau mampu ..tak ada masalah… kredit : kuoni.co.uk
2. Aktiviti-aktiviti
Untuk aktiviti pulak, yang suka sukan air boleh memancing waktu malam, boleh snorkling ada banyak check point boleh pilih, berkayak, dan main aktiviti air. Ini antara aktiviti jimat. Lagi jimat kalau berkumpulan.
Buat perbandingan harga antara resort dan juga yang tawarkan service sukan air.
Kalau nak pergi resort mewah, pun boleh. Just melawat dan mandi manda dalam kawasan resort. Tapi entrance sekali dengan bot dalam $110-120 sekepala. Setakat nak ambil gmbar dan duduk 1 hari di sana, bergantung pada anda.
Kalau rasa nak, boleh pergi, kalau rasa tak nak, tak perlu pergi.

Kredit : emitaz.com
3. Makan
Percutian Bajet : Biasa kalau bab makan, sarapan disediakan di hotel. Cuma makan tengah hari dan malam je kena cari sendiri. Alah. Anda semua boleh bawak makanan dari Malaysia je. Bawak rendang ke, serunding ke,.Tak pun masa dekat Hulhumale dan Male ada kedai, jadi beli la apa yang patut. Kalau ada aktiviti, memang disediakan makan tengah hari sekali.
Makanan dekat Maldives dengan Malaysia, lebih kurang. Air tin Milo pun ada disana..
Percutian Mewah : Boleh order dekat hotel nak makan apa. Kalau makan malam, boleh makan di tepi pantai. Candle light dinner gitu. Tu kalau banyak duit .
4. Pengangkutan
Kalau anda berada di bandar Male, jikalau ingin bersiar siar hanya perlu berjalan kaki. Tapi kalau dari Bandar Male ke Jeti ke Maafushi, perlu naik teksi. $20 sekali naik. Nak jalan kaki pun boleh.
Untuk pergi antara pulau, boleh naik ferry sahaja. Tapi makan masa 2-3 jam juga la. Memang murah. Yang mabuk laut tidak disarankan.
Nak mahal sikit naik boat.Lagi cepat dan agak mahal sedikit.
5. Souvenir
Percutian Bajet : Pesan dekat kawan siap-siap, kalau nak order, bagi duit terus. Sebab dekat sini souvenir dalam USD. Agak mahal juga. 1 fridge magnet dalam RM20 duit Malaysia.
Nak beli souvenir, pastikan betul betul bagi dekat member, bukan beli buat pekasam. Membazir!
Percutian Mewah : Tak kisah dengan harga souvenir. Boleh beli apa sahaja buat balik. T-shirt, dan lain lain.

Pantai yang betul cantik..
Maldives, pulau yang cantik, dan penduduk yang ramah. Kalau ke sana, tak perlu risau akan keselamatan disana.