Hi,
Kali ni nak share sikit mengenai AirAsia Complimentary VOucher yang saya menang untuk blogpost terbaik masa #TSDayOut Special Selangor Meets Sarawak.
Pertama kali dapat AirAsia Complimentary VOucher sangat la teruja. Dapat pula ke Maldives, orang kata pulau untuk honeymoon. Tapi takde la saya nak pergi honeymoon.
Malangnya, AirAsia Complimentary VOucher expired pada akhir bulan 12 2015, dan saya dapat voucher tersebut seminggu bulan 12.
Memang tak sempat merancang.
Tapi alhamdulillah. Dapat jugak pergi. Kenapa? hehe
Sebelum tu saya bagi info mengenai AirAsia Complimentary VOucher dahulu.
Sedikit Info Mengenai AirAsia Complimentary Voucher
- Hanya boleh digunakan sebelum tarikh expired. Sekiranya hampir expired sekurang-kurangnya 1 minggu, boleh minta lanjutan dengan air asia. Cara? nanti saya kongsikan.
- Hanya boleh di tebus di kaunter AirAsia. Online tidak dibenarkan. Saya tebus di KL Sentral.
- Boleh digunakan orang lain, tidak semestinya pemegang voucher yang kena pergi melancong. Dengan syarat, ada voucher dengan anda.
- Tidak boleh ditebus penerbangan pada public holiday, Sabtu dan Ahad. Tidak kira pergi atau balik.
- Voucher hanya untuk AirAsia Seat Fee. Airport tax, insurance, lain-lain caj hendak la dibayar semasa mengambil tiket.
- Voucher perlu ditebus 7 hari sebelum tarikh penerbangan.
Seperti saya cakap tadi, saya sempat pergi kerana saya buat extension / minta lanjutan tarikh travel ke Akhir Januari 2016.
Cara-cara Memohon Lanjutan / Extension AirAsia Complimentary VOucher
- Pastikan voucher anda tidak expired. Sekiranya expired, tidak boleh memohon untuk lanjutkan tarikh.
- Hantar email kepada maa_distsupport@airasia.com.
- Kalau selepas 3 hari tak ada maklum balas, contact semula pemberi voucher berkenan.
- Tunggu tiket baharu di hantar melalui email.
- Simpan email tersebut, mungkin pihak di Kaunter AirAsia bahagian penebusan ingin melihat email tersebut sebagai bukti dan untuk verify permohonan lanjutan dengan staff mereka.
Jimat dengan AirAsia Complimentary Voucher
Tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Maldives memang mahal. Ada yang pernah dapat RM500 pergi balik, itu masa promo dan dibeli online. Kalau tak memang tiket sahaja dah cecah RM1,000. Kalau dekat kaunter AirAsia boleh cecah RM1,500 pergi saje. DI itambah-tambah lagi di Maldives , mereka menggunakan USD. Memang kos yang agak tinggi. Saya dah tebus voucher saya. Masa saya pergi tebus, mujur staff AirAsia ok. Mesra gile. Siap boleh sembang lagi. hehe
Keseluruhan harga tiket dari Kuala Lumpur ke Maldives RM3,312.16 untuk SEORANG tidak termasuk luggage. Tolak dengan voucher, hanya kena bayar RM151.92.. Jimat-jimat. hehe.. Kalau ada luggage, selepas tolak dengan voucher, kena bayar RM267,92.. Ok la.. Nak fair bahagi dua nanti. Hehe.. Tak sabar nak pergi Maldives. Menenangkan jiwa raga, lihat pulau tercantik. Happy Holiday!
p/s: saya tak kahwin lagi, saya pergi dengan abang saya untuk penjimatan duit bilik.
Waaaaah .. jimat sungguh ! Selamat melancong ^^ nanti cerita lah apa yg best dekat sana 😀
Salam kenal ^^
Sangat jimat 😮 …belilah cenderahati dari Malvise buat giveaway..hehe
Alhamdulillah..ada halangan, tapi tetap diizinkan-Nya untuk pergi..huhu
wah seronoknya pergi maldives! tempat idaman saya tu 🙂
berapa lama AA beri tempoh masa untuk extend ticket tersebut?