Hehehe..
Minggu lepas sempat merehatkan minda pergi bercamping dengan rakan blogger #ShauQina, #Danish, #AtikaRamlan dan #EddyAhmad. Unplanned camping. Mula mula ingat duk hotel kat Port Dickson rupanya kita berkemah dekat Teluk Kemang. Sedap sedap pulak masing masing packing tak bawak tuala.. haha..
Ok, boleh katakan first time #ciknorpa jejak ke Teluk Kemang. #ciknorpa naik KTM dari Angkasapuri ke Seremban. Kena interchange station kat KL Sentral untuk ke Seremban. Pukul 5 sampai KTM Seremban tunggu la makcik #ShauQina dan pakcik #Danish datang ambil. Haha.. Masa tu dieorg baru je lepas pergi program Sahabat Media dekat Sri Menanti. Masa tuh terjadilah pertemuan pertama dengan blogger #AtikaRamlan. hehe.. Dia pon join sekali.
Sempat kami kejar Sunset di Pantai Teluk Kemang @ Port Dickson. Cantik kan..
Malam tuh kami tidur sana dalam kemah. Makcik #ShauQina dan pakcik #Danish dah siap siap bawak kemah. Kat Pantai Teluk Kemang memang ada tapak perkhemahan tapi kena bayor la. Harga tapak khemah di Teluk Kemang RM25 untuk satu tapak untuk 4 orang maximum. Kalau ada kawan kawan nak lepak or BBQ kena bayar RM3 seorang. Kalau pandai menyelinap takyah bayar! kekeke.. Macam #EddyAhmad dan anak sedaranya.. kekeke..
So kiteorg buka khemah sebijik je, untuk girls only. Guys tidur kat luar atas tikar. Tapi malang tidak berbau, hujan lebat….haha.. **kisah ni akan bersambung kat bawah…
Malam tu jugak #ShauQina dengan #AtikaRamlan sempat mandi manda. #ciknorpa tak mandi sebab pakaian tak cukup. Yela tak habaq awal awal..
Al-kisah tidur dalam khemas, tiba tiba hujan lebat. Yang girls nyenyak la tidur terutama #ciknorpa. Haha.. yang lain cakap ada nyamuk, tapi #ciknorpa tak rasa ape pun nyamuk. Cuma rasa khemah masuk air je. Yang lelaki si #Danish dah siap masuk kereta dah, dia sedap sedap tinggal #EddyAhmad tidur atas tikar luar khemah. Tak pulak dikejutkan. Bila dah hujan lebat baru tersedar. Sian betul.
Gambar waktu pagi.. Pelangi selepas hujan..
Pagi tuh, semua sihat walafiat. Terutama #ciknorpa. Nyenyak tidur, nyaman. Bangun gosok gigi, terus terjun laut. Haha. Berjam jam jugak la mandi.
Kat Teluk Kemang ada Banana Boat, tapi kami tak naik la. Sebab rasa macam membazir. Sekepala RM10. Tapi kami berkayak. 1 Kayak Rm15 untuk 1 jam. Not bad la. #ShauQina berkayak #Danish, #ciknorpa berkayak dengan #EddyAhmad (sila jangan buat gosip ye) haha..
Sempat la meneroka lautan luas tuh, tapi sayang air tak jernih. So tak dapat nak tengok harta karun dalam laut.
Yang tak leh blah sempat berselfie tengah-tengah laut. Sejak ada monopod ni memang gaya macam gila gambar masing masing. Tertutama #ShauQina ni.. Haha.. Tak tau berapa ratus gambar dia ambil dekat tengah laut tu. Mujur la Iphone tuh tak masuk laut. Kalau masuk #ciknorpa orang pertama sorak.. kah4..
Ini je gambar yang ada atas air. Yang lain kena sensored.. pakcik #Danish dengan makcik #ShauQina kuat bahan.. So tak boleh letak kat sini.
Gila monopod! hahahaha
Rasa bahang gila muka duk mandi laut sampai kul 11 pagi. Serius. Yang pasti best.. Seronok kenal dieorg ni.
Lepas packing, lipat khemah, kami buat lagi kerja lain. Unplanned trip ke Melaka. Tapi kami bertiga sahaja. #EddyAhmad dan #AtikaRamlan dah balik rumah.
Macam biasa la kalau pergi Melaka, A-Famosa la tempat lepaknya. Sambil ambil gambar dan bermonopod. Sempat jugak kami jadi model si #Danish. Haha.. Malu mula mula. Tapi bila #ShauQina paksa baru la yakin diri sikit. Almaklumla tak cantik.. ngeh..
Dan hasilnya…
Tadaaaaa..
Makhluk sesat dalam spek tuh.. hahaha
Eh tak ada pun gambar photoshoot.. Heh.. Gambar ada banyak lagi gambar dengan makcik #ShauQina.. So, tunggu dia update la gambar photoshoot kiteorg.. Ngeh~
Hahaha..lawak la baca ni….havoc..happening kan..nanti kami bawa jalan lagi sambil bahan korang .haha
wahhh hepynya tengok akak…hee..bilalah nak jumpa akan pulak
Salam, Hi Norfa,
Just nak tanya, dekat teluk Kemang tu boleh sewa kemah x ey? Sebab I plan nak go camping but xde kemah sendiri. T_T
Thanks!
Ok thanks fanil!
yang kawasan bbq rm3 sorang tu belakang ancasa hotel kan.. ade contact number x.. sebab saya selalu pegy sna.. this sunday bek day trip tuk staff hotel.. tq
hey may i knw the name of the campsite? i am planning to bring my class there for a trip . thanks 🙂
Nak buat khemah nak hubungi siapa dan lokasi batu berapa
Sewa tapak sekali ngan khemah sekali ke
Kak.. campsite+tent=40 ke khemah saje 40???
Kak, kat situ ada toilet terdekat ke?
Salam hi. I baru terbaca post ni ? so plan nak camping dekat pd. Campsite dia area mane eh?