MENCARI PELUANG JANA PENDAPATAN? JOM JADI AGEN KAMI SERENDAH RM160! KLIK SINI
ShopBack Beri Ganjaran Tunai untuk Kaki Shopping.

ShopBack Beri Ganjaran Tunai untuk Kaki Shopping.

ShopBack Beri Ganjaran Tunai untuk Kaki Shopping.. Kita dah ada syarikat penerbangan yang menawarkan ganjaran point kepada pembeli.  Kita dah ada syarikat agensi pelancongan yang memberikan ganjaran point juga sekiranya mengambil pakej dengan mereka. Kini kita ada laman web beli belah online, Shopback beri ganjaran tunai kepada pelangan dengan pulangan duit sehingga 30%. Ha.. cash tau cash. Bukan point. Memang betul untuk kaki shopping. Shopback ni merupakan syarikat antarabangsa yang beroperasi di banyak negara seperti Amerika Syarikat, Singapura, Malaysia, Filipina, India, Indonesia, dan Taiwan. Merupakan pusat membeli belah alam maya di Asia Tenggara sejak September 2014.

Banyak ke penjual dalam ShopBack?

Jangan risau. Memang banyak penjual dalam ShopBack. Shopback sendiri mempunyai visi menghubungkan penjual dan pembeli dengan ganjaran lebih hebat. Jadi mesti la kena pastikan ada banyak penjual kan?

Lebih dari 10,000 kedai online bekerjasama dengan ShopBack ni termasuk la Sephora, eBay, Lazada, Groupon, Expedia dan lain-lain. Tak lupa juga ada Bus Online Ticket jugak. Beli tiket bas pun dapat diskaun.. ShopBack laman web ganjaran tunai untuk kaki shopping. Jap, macam mana Shopback ni berfungsi?

Macam mana Shopback beri ganjaran tunai pada pelanggan?

Sebenarnya tak perlu pening pening fahamkan konsep. Secara kasar apabila pembeli berjaya membuat transaksi pembelian di mana-mana stor yang berhubung dengan laman ShopBack, penjual online yang membuat keuntungan dari pembeli akan memberi komisyen kepada ShopBack. Kemudian, ShopBack akan berkongsi komisyShopBack Beri Ganjaran Tunai untuk Kaki Shopping. en ini dengan pembeli (anda), yang akan menerimanya dalam bentuk pulangan tunai. Siapa yang dapat tunai tu? Anda la.. Tengok video ni.

Kalau yang ada diskaun atau sale macam mana? Kita tetap dapat cash back.. tak kisah la ada diskaun atau sale. Shopback mempunyai pasukan lengkap dengan 85 orang yang mahir dalam industri e-dagang. Antara anugerah yang telah di capai oleh ShopBack sejak diperkenalkan ialah :

  • September 2016 – Emerging Enterprise Award, pada Emerging Enterprise Award kali ke-9, dianjurkan oleh The Business Times dan OCBC Bank
  • Oktober 2015 – Gold Award, kategori Best Start-up (Growth Stage); Silver Award, kategori Best Innovative Infocomm Products (Consumers), pada Anugerah Singapore Infocomm Technology Federation (SiTF) kali ke-7, dianjurkan oleh SiTF

Jom kita cuba tengok apa ada di Shopback. Saya tunjuk step by step ya.

  1. Masuk ke laman web di https://www.shopback.my. Daftar akaun anda di ShopBack. Wajib. Kalau tak tak boleh nak dapat ganjaran.

ShopBack laman web ganjaran tunai untuk kaki shopping3

  1. Pilih penjual kegemaran anda seperti senarai di bawah. Macam saya saya suka pilih Lazada atau AliExpress. Untuk contoh ni saya bagi Lazada sahaja.
  2. Korang akan diberikan maklumat mengenai komisen / cash yang korang akan dapat mengikut kategori sebelum di hantar masuk ke laman web Lazada. Pastikan baca sampai habis maklumat yang diberikan.
  3. Buat pembelian dan bayaran tunai sebagai ganjaran akan dimasukkan ke dalam akaun ShopBack selepas beberapa hari.

Sebenarnya, bila diteliti shopback ni memberi kemudahan untuk kita lebih-lebih lagi ada pelbagai vendor. Jadi dalam 1 laman web kita boleh manage semua vendor. Dan untuk yang suka beli belah di eBay, Lazada, Zalora, Agoda dan lain-lain tak salah masuk sini dulu baru masuk web diinginkan (jika ada) tapi kebanyakkan saya cek memang ada. Lebih menguntungkan sebab apabila kita buat pembelian kita akan dapat tunai sebagai ganjaran.   Nice idea. Ok, jom sambung shopping. Jangan lupa daftar disini. Langkah pertama untuk shopping sekarang adalah masuk ShopBack dahulu.

Leave a Reply

ABOUT US

shopping information

Customer Service

email sign-up

Sign up for email updates on the latest REZEKI IBU STORE campaigns and videos.

Copyright © 2020 – REZEKI IBU VENTURES

Shopping cart

0

No products in the cart.

WANT COUPON
Subscribe now to get free discount coupon code. Don't miss out!
    SUBSCRIBE
    I agree with the term and condition