Skip to main content

Fang Zu Ming Motel tempat penginapan kami semasa ke Penang beberapa bulan lepas. Senang je nak cari hotel murah di Penang semuanya di internet. Fang Zu Ming Motel terletak di Ayer Hitam, 800 meter dari Kek Lok Si Temple.

Kenapa kami pilih Fang Zu Ming? Sebab ia hotel murah dekat Bukit Bendera. Harga serendah RM50.

Memandangkan kami nak ke Bukit Bendera keesokan pagi, jadi kami decided untuk cari motel berdekatan Bukit Bendera untuk mengelakkan sampai lambat. Ye la, masa kami pergi tu hari sabtu.  Hujung minggu pasti ramai orang kalau lambat.

Kami buat tempahan Hotel Fang Zu Ming di Booking. Sampai je sana pening-pening lalat juga nak cari, rupanya motel ni berada di atas bangunan kedai. Tak jumpa sebab tak ada signboard.Mujur ada landmark kedai bawah.

Sampai je terus check in dan siap-siap untuk keluar makan.Sempat la juga usha-usha kawasan Fang Zu Ming motel. Banyak bilik yang ada dan kami ambil bilik yang ada 8 tilam. Dan bilik mandi asing.

Memang sesuai la untuk yang backpack ke Penang. Memang hotel murah dekat Bukit Bendera

Fang Zu Ming Motel Murah Bukit Bedera, Penang

Akak Front desk yang sangat mesra..

Fang Zu Ming Motel

  • Hotel murah di Penang
  • Bilik selesa dan bersih
  • Bilik air banyak dan bersih
  • Kemudahan ruang tv
  • Kemudahan dapur seperti peti, sink, microwave, water heater dan juga water dispenser.
  • Iron dan board di luar bilik.
  • Ada ruang komputer dan internet.
  • Plug dalam bilik banyak. Cukup seorang dua.
  • Kawasan sekitar bersih!
  • Kunci gril bawah diberikan kepada setiap bilik sebab grill akan ditutup pukul 11 malam sebagai langkah keselamatan. Jadi orang yang ada kunci grill sahaja boleh masuk.
Fang Zu Ming Motel Murah Bukit Bedera, Penang 2

Laluan ke bilik. Ada banyak bilik disini

Fang Zu Ming Motel Murah Bukit Bedera, Penang 5

Kawasan ke Dapur dan Bilik air.

Fang Zu Ming Motel Murah Bukit Bedera, Penang 3

Kawasan dapur.

Fang Zu Ming Motel Murah Bukit Bedera, Penang 3

Ada dua ruang tv di Motel ini. Dekat dengan front desk.

Fang Zu Ming Motel Murah Bukit Bedera, Penang 6

Bilik kami! di Fang ZU Ming Motel

Tadda.. kami siap minta bantal lebih. Mujur front desk baik hati. Sepanjang stay di sana selama satu malam, everything not bad la.. nyenyak tidur. Bagi anda yang tengah mencari hotel terdekat dengan Bukit Bendera, mungkin boleh stay di Fang Zu Ming Motel. Memang dekat la..

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

3 Comments

Leave a Reply