Lavender Garden Cameron Highland, salah satu tempat menarik di Cameron Highland. Pernah pergi? Lavender Garden atau dikenali sebagai Lavender Farm ini dibuka pada tahun 2013. Ia merupakan tarikan pelancongan yang baru yang terletak di Tringkap. Lavender Garden Cameron Highland merupakan sebuah taman bunga di cerun bukit yang mempunyai banyak bunga dengan pelbagai warna yang boleh dilihat oleh pelawat.Bila dah masuk sini, dah tak sejuk dah. Jangan beria sangat pakai baju sejuk ya!
Lavender Garden Cameron Highland Penuh Bunga Warna Warni
Di Lavender Garden, bukan ada bunga Lavender sahaja. Ada juga beberapa bunga lain seperti bunga kamelia, bunga ros, bunga daisy kuning dan lain lain. Bagi anda yang bawa anak kecil, stroller tidak digalakkan untuk bawa. Meh layan slideshow gambar-gambar yang pasti menarik minat anda nak pergi!
Itu persekitaran Lavender Garden Cameron Highland. Nak layan bunga? Ini hasil bunga-bungaan yang dijumpai sepanjang berada di Lavender Garden. Hasil tangkapan dari handphone murah tapi power Xiaomi Mi4i selepas di edit menggunakan Photoscape.! ;p haha
Bayaran masuk untuk Lavender Garden
Untuk anda yang ingin ke Lavender Garden yang terletak di Tringkap ini, bayaran masuk adalah sebanyak RM5.00 seorang. Tak mahal pun kalau pergi seorang. Hehe. Kalau pergi ramai jenuh nak membayar nya! kekeke..
Apa yang ada di dalam selain bunga?
Datang ke Lavender Garden bukan sahaja untuk melihat bunga dan bergambar, disini juga boleh bersantai dengan aiskrim. Berdekatakan dengan pintu masuk Lavender Garden, Cameron Highland, terdapat kedai menjual aiskrim. Antara perisa yang ada adalah, aiskrim perisa strawberry, lavender dan juga Yam. Dijual dalam 2 saiz:
- Saiz kecil yang berharga RM3.00
- Saiz besar yang berharga RM5.00
Murah? agak mahal sebenarnya. hehe.
Di bahagian atas juga ada kedai. Anda boleh menikmati smoothies atau strawberry shake!
Souvenir?
Bila dah habis pusing, bahagian bawah ada kedai souvenir. Ada dua kedai, iaitu kedai souvenir Strawberry dan souvenir Lavender. Ada pelbagai jenis barangan dari sabun mandi, pewangi, keychain, sehingga la ke Teddy Bear. Souvenir dari saya? Maaf tak ada. Sebab saya ni biasa sangat beli, tapi tak bagi bagi kat orang! Membazir je. heh.
Bagi anda yang berada di Cameron Highland, elok la singgah tempat menarik di Cameron Highland ini. Tak susah pun nak mencari.
Wah cantiknya tempat ni!!! Tak sangka sungguh! Kena bergambar sakan la dalam ni, barulah berbaloi bayar RM5 per entry.
waaa mcm menarik je. wajib pegi ni 😀
Cantik