Skip to main content

Hi, Cuti sekolah dah pun bermula. Tak tau nak bawa anak-anak bercuti kemana? Atau dah ada plan nak ke Sarawak bersama rakan-rakan atau keluarga? Mungkin ini tempat menarik di Sarawak yang anda boleh lawati dan boleh jadi panduan untuk anda buat perancangan sebelum sampai di Sarawak.

7 Tempat Menarik di Sarawak untuk di lawati!

1- Sarawak River Cruise

Sarawak River Cruise 3

Sarawak River Cruise antara kemudahan yang disediakan di Kuching Waterfront untuk anda melihat matahari terbenam sambil mendengar kisah sejarah Negeri Sarawak.

Perjalanan selama 1jam 30minit pasti menyeronokkan kerana anda akan disajikan dengan kek lapis Sarawak dan juga tarian tradisional Sarawak.

Baca lagi apa yang menarik dengan ini di –>Sarawak River Cruise.

2- Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 9

Kalau datang Sarawak tak sah tak pergi tengok Orang Utan. Kawan baik ni, sebab tu boleh ambil gambar selfie.. hahaha

Pusat Hidupan Liar Semenggoh mempunyai lebih kurang 1000 haiwan liar dan yang paling popular adalah Orang Utan kerana menjadi icon Negeri Sarawak.

Yang menarik di Pusat Hidupan Liar Semenggoh? Boleh baca di SINI.

3- Semadang Kayak, Sarawak

Pengalaman Berkayak 11KM bersama Semadang Kayak, Sarawak 2

Anda sukakan aktiviti lasak? Nak berkayak? Nak berakit? Ini peluangnya.

Berkayak di Sungai Semadang ini menjangkau perjalanan sejauh 11KM.  Jauh,..tapi berbaloi. Berkayak sambil menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

Air yang sejuk dan bersih, pokok-pokok hijau serta batu Gua disekeliling, memang berbaloi.

Lagi berbaloi dapat makan makanan asli Sarawak.  Nak tau apa? Baca di SINI.

4- Gua Angin & Gua Pari-Pari

Teroka Gua di Sarawak Gua Pari (Fairy Cave) 11

Kedua-dua Gua ini terletak di Bau, 5km dari Pekan Bau Kuching.

Gua Pari (Fairy Cave) dan Gua Angin (Wind Cave) masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. Gua Pari yang penuh kehijauan dan Gua Angin yang dikenali sebagai gua batu kapur di Sarawak.

Baca : Terokai Gua di Sarawak

5- Topspot – Kedai Makan Seafood Terkenal di Sarawak

Topspot Tempat Makan Seafood Sedap di Sarawak Oyster Pancake

Ini bukan tempat untuk dilawati, tapi tempat untuk dinikmati. Salah satu tempat hotspot di Kuching Sarawak. Terkenal dengan kesedapan dan kemurahan harga makanan laut disini.

Sering menjadi kunjungan bagi mereka yang selalu ke Kuching Sarawak. Dan makanan yang anda patut cuba adalah Oyster Pancake. Sangat femes dan terkenal disini. Rasa? Cuba la sendiri.

Baca ni : Nikmati Seafood di Topspot

6- Kek Lapis Dayang Salhah

Kek Lapis Dayang Salhah

Ini bukan merasa kek lapis, tapi kenduri rasa kek lapis.. Haha

Kek Lapis Dayang Salhah antara kek Lapis yang popular di Sarawak. Kalau sebut je semua orang tahu. Orang kata wajib beli kalau ke Sarawak. Kek Lapis ada dua jenis, satu yang menggunakan majerin, satu lagi menggunakan butter. Yang menggnakan majerin lebih murah iaitu RM10, berbanding butter berharga RM20-25. Selain tu, butter lagi moist berbanding majerin. Jenis kek lapis yang popular dan sedap seperti Kek Lapis Masam Manis (SISIK Ikan), Kek Lapis Cadbury dan lain lain.

7- Muzium Sarawak

Muzium Etnologi di Sarawak

Muzium Etnologi di Sarawak

Ada 3 Muzium di Sarawak iaitu Muzium Etnologi, Muzium Sejarah Semula Jadi, dan Muzium Seni. Kami sempat pergi Muzium Etnologi sahaja. Muzium yang penuh dengan sejarah etnik masyarakat Sarawak. Sangat seronok masuk dalam, dan kadang-kala seram juga bila didingatkan.. haha.  Tapi memang wajib masuk.

Muzium Seni di Sarawak

Muzium Seni di Sarawak

Muzium Alam Semulajadi di Sarawak

Muzium Alam Semulajadi di Sarawak

Banyak lagi, tapi kekangan masa nak pergi.  InsyaAllah ada lain kali.. ;P Terima kasih tak terhingga kepada Tourism Selangor untuk #TSDayOut Special : Selangor Meets Sarawak, terima kasih juga kepada Sarawak Tourism Board, Air Asia, Empire Hotel dan semua blogger dan Media yang terlipat.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

5 Comments

Leave a Reply