Skip to main content
FOODS & TRAVEL

Pilot Cafe, Nilai – Bersantai dengan Suasana Penerbangan

By May 30, 2016November 1st, 2021No Comments

Pilot Cafe ingatkan nama Filem je, rupa-rupanya ada sebuah cafe yang dinamakan Pilot Cafe. Ideanya cafe di buka sebagai tempat bersantai dan lepak dalam suasana penerbangan. Kami singgah di sini selepas balik dari Port Dickson yang terletak di Bandar Nilai bahagian corner, selang beberapa lot dari Sate Willy. Dari jauh boleh nampak sign board yang di cat berlatar belakangkan warna Biru.

pilot-cafe-nilai-restoran-western-dengan-suasana-penerbangan

Boleh dikatakan hiasan dalaman depenuhi model kapal terbang. Memang menarik. Tapi apa yang penting kat sini, makanan dia pun setanding dengan namanya.

pilot-cafe-nilai-restoran-western-dengan-suasana-penerbangan

Menurut pengurus Pilot Cafe, idea membuka cafe ini datang dari rakan kongsi beliau. Dan Filem Pilot Cafe dikatakan dikeluarkan selepas pembukaan Pilot Cafe. Ok. back to makanan yang disediakan.

Pilot Cafe Saji Makanan Barat. Sedap ?

Kami memesan 3 jenis hidangan utama, Nasi Goreng Kampung, Lamb Chop, dan Chicken Chop.

pilot-cafe-nilai-restoran-western-dengan-suasana-penerbangan

Chicken chop di Pilot Cafe ni ada keistimewaan dia.  Sos tu bukan sos cendawan ataupun sos biasa. Tapi dihasilkan dengan campuran bahan lain iaitu Baked Beans. Macam mana rasa? itu kena cuba di sana. So far.. sedap bagi saya!

pilot-cafe-nilai-restoran-western-dengan-suasana-penerbangan

Kalau taknak makan makanan barat, makan la nasi. Ada ni ha..Nasi goreng kampung. Komen? Khas untuk yang nak melahap nasi. Kalau makanan barat tak kenyang makan la nasi. Kan?

pilot-cafe-nilai-restoran-western-dengan-suasana-penerbangan

Special. Bagi kami biasa biasa sahaja. Tak ada istimewa. Sos dia pun mungkin ada kurang sikit. Kene umphh lagi sikit.

pilot-cafe-nilai-restoran-western-dengan-suasana-penerbangan

Lupa dah ini apa.. Tapi sedap! heh.

pilot-cafe-nilai-restoran-western-dengan-suasana-penerbangan

Dan yang ini, last but not least. Banana Split. Our all time favorites. Ini paling sedap! dan berbaloi.

Secara keseluruhan, nak makan kat sini boleh la bawa family makan dalam suasana penerbangan. Ada kapal terbang, anak-anak pasti suka.

Ada juga baskin tapi lupa saya hari apa. Hujung minggu kot.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

Leave a Reply