Assalamualaikum..
Spaghetti bolognese vs Spaghetti Carbonara. Saya pilih Spagehtti Carbonara.. sebab lagi sedap dan simple.. Spaghetti Bolognese sedap kalau diolah jadi makanan ala melayu seperti perlu ditmis dan tambah sedikit kepedasan.
Orang melayu memang tak lari dari makanan yang ada pedas. Mesti nak juga pedas.
Ni saya nak habaq Resepi Spaghetti Bolognese.
Resepi Spaghetti Bolognese
Bahan bahan:
- 1 paket spaghetti (500g)
Bahan untuk Sos atau kuah:
- 8 ulas bawang putih
- 400 gram isi ayam cincang
- 350 gram udang atau sotong
- 2 tin prego tomato, basil & garlic
- 1 ikat daun sup dan daun bawang
Bahan A : (diblender)
- 1 inci halia
- 4 biji cili merah
- 10 biji cili kering
Bahan B : (potong dadu)
- 2 biji tomato
- 1 biji cili capsicum hijau
- 2 buji bawang besar
- 100 gram cendawan butang (jika suka)
Cara cara memasak:
1- Rebus air mendidih, masukkan spaghetti . Tambah sedikit garam dan minyak masak bagi mengelakkan spaghetti melekat
2- Kuah : Tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan isi ayam, udang & sotong hingga separuh masak, tambah bahan A dan biarkan ia sekejap.
3- Masukkan prego dan sedikit air selama 5 minit.
4- Masukkan bahan B dan kacau selama 5 minit
5- Hidangkan makanan panas panas setelah siap bersama daun sup dan daun bawang..
Tadda.. dah siap. Resepi ni mudah saja. Boleh la kalau nak sajikan untuk keluarga sekali sekala makan makanan western. Kalau kat kedai belum tentu boleh dapat yang sedap. Kadang-kala tak kena dengan citarasa.
Ini boleh dikatakan Resepi Spaghetti Bolognese ala melayu. Kalau betul betul pure western, tak ada tumis ata tak ada pedas. Memang blank tomato sahaja.
Ingat iklan CHef Riz mengenai sos prego di televisyen? Kalau perasan iklan tu dia terus guna sos dalam tin tanpa perlu dimasak.Macam tu la citarasa orang barat. Memang pure. Rasa kemasaman tomato dan kalau tengok sos bolognese dia orang tak ada banyak bahan-bahan lain.
Tapi kita masukkan cendawan, lada banggala, isi daging, cili boh dan lain lain.
Haaa..
Sedappp sangat…
2 tin pregontu setiap satu ke? Ini untuk brape org mkn?