Skip to main content

Hi,

Aku tak ada anak lagi..tapi ingin berkongsi tips bawa bayi menaiki kapal terbang. Sesuai untuk yang pertama kali nak bawa anak naik kapal terbang.

Sekarang ni tiket kapal terbang kebanyakkan dah dijual murah-murah, Banyak airlines berlumba-lumba tawarkan promosi tiket kapal terbang sekarang terutama Airlines tambang murah seperti Fireflyz, Airasia dan Malindo Air.

Bukan lagi alasan dah untuk bawa anak-anak berjalan. Bagi yang baru dapat anak juga tak ada halangan untuk bawa anak berjalan menaiki kapal terbang.

Beberapa tips aku ingin kongsikan pada pembaca semua. Memandangkan aku pun tak ada anak lagi, jangan pelik.. sebab tips bawa anak naik flight ini sebenarnya dikongsi oleh rakan-rakan aku.

Tips bawa anak naik kapal terbang

Tips bawa anak naik kapal terbang

9 Tips bawa bayi naik kapal terbang!

1- Bawa 1 beg Handcarry

Handcarry adalah beg yang wajib dibawa oleh ibu. Pastikan letakkan kesemua barang keperluan bayi dalam handcarry, seperti botol susu, susu, tisu basah, pampers dan lain lain yang diperlukan untuk travel.

Pastikan sebelum gerak handcarry dibawa. Kalau tertinggal susah nanti. Kalau perjalanan singkat mungkin tak menjadi masalah.

2- Bawa selimut.

Lebih elok ibubapa bawa selimut dan sweeter untuk anak dan bayi. Kerana di dalam pesawat anak dan bayi akan merasa lebih sejuk berbanding diri kita.

3- Bawa Stroller.

Untuk bayi seeloknya di bawa stroller. Supaya mudah dikesan bahawa anda membawa bayi untuk menaiki lapangan terbang. Kebiasaannya keluarga yang membawa bayi akan diberi laluan terlebih dahulu.

4- Datang awal.

Datang lebih awal kerana seperti yang diberitahu, keluarga yang membawa bayi kecil diberi keutamaan untuk masuk dahulu dari yang lain.

5- Main dengan anak sehingga dia penat.

Untuk mengelakkan bayi meragam dan menangis seeloknya bermain dahulu dengan anak sebelum naik kapal terbang supaya anak penat. Apabila anak penat, anak akan tertidur semasa berada dalam kapal terbang.

6 – Tukar lampin

Sebelum menaiki kapal terbang seeloknya tukar dahulu lampin bayi. Untuk anak yang berusia 4 tahun keatas seeloknya menyuruh anak kencing dahulu.

Ini untuk keselesaan bayi dan juga penumpang. Mengelakkan bau yang tidak diingini.

7- Gunakan babycot seat

Sekiranya anda menaiki Malaysian Airlines atau Garuda Airlines cuba bertanya dengan pramugari/pramugari mengenai babycot seat.

Kebiasaannya pesawat besar menyediakan babycot seat.

8- Pilih tempat duduk

Sekiranya anda menaiki kapal terbang untuk perjalanan yang jauh seeloknya pilih tempat duduk paling luar untuk memudahkan anda untuk keluar masuk. Dan juga supaya tidak menggangu orang lain sekiranya anda keluar masuk.

9- Tutup terlinga bayi

Ini yang paling penting. Semasa take off dan landing, anda dinasihatkan agar menutup telinga bayi untuk mengelakkan bayi anda menangsi kerana tekanan udara.

Untuk memudahkan seeloknya diberikan susu dan dibiarkan bayi tidur semasa landing dan take off.

Semoga tips ini membantu.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

2 Comments

Leave a Reply