Hi,
Sambungan hari ketiga, sebelum ni saya bercerita pasal Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Sarawak berkenalan dengan orang utan disana :D. Kali ni nak bercerita mengenai pengalaman berkayak 11km bersama Semadang Kayak Sarawak menyusuri Sungai Semadang.
Ini aktiviti paling ditunggu kami semua. Aktiviti lasak sepanjang #TSDayOut Special Edition kali ini. Kalau anda rasa nak buat team building di Sarawak, aktiviti ni la paling sesuai selain duduk hotel semata-mata. Baru mencabar, kan?
Dan kali ni, siapa sangka kami mampu berkayak 11km. Yes.. 11 km ingatkan dekat.. rupanya penat hoi! Mujur ada makanan sedap! eh
Lenguh tapi puas!
Sebelum nak mulakan aktiviti berkayak, macam biasa perlu isi borang kebenaran dan waris terdekat. Supaya apa-apa jadi senang nak dihubungi.
Lepas tu kami diajar untuk pegang paddle dengan betul, diajar cara berkayak dengan betul dan pantang larang apabila berada di sungai.
Itu perkara asas yang akan diajar sebelum berkayak. Pantang larang ni penting, supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.
Menurut salah seorang tourist Semadang Kayak Sarawak, air Sungai Semadang tahun ini agak rendah, tapi masih ada kawasan yang mempunyai paras air yang tinggi.
Walaupun arus tidak sederas disangka, tapi aktiviti kayak sangat menyeronokkan kerana dilakukan dalam kumpulan yang besar dan geng-geng yang sempoi! Termasuk la tourist!
Jadi tak ada la boring sangat walaupun air agak slow.
Sepanjang perjalanan ada sahaja idea menyakat antara kami. Yang pasti pada mulanya sakit hati juga apabila sengaja disimbah air apabila bersilih dengan pasangan kayak yang lain, tapi sebenarnya seronok je kena simbah. Sebab, tak payah susah-susah simbah diri sendiri apabila terasa membahang kepanansan…Haha.
Maaf la ye, siapa yang banyak kena simbah dari saya tu.. keke.
Ada beberapa pit-stop kami berhenti untuk melepaskan lelah dan paling best apabila dapat mandi manda di Sungai Semadang ini.
Dengan air yang cukup sejuk dan bersih, dengan tourist yang sporting, dengan staff tourism Selangor dan Sarawak yang sangat sempoi, dengan rakan blogger dan media yang cukup gila perangainya, memang cukup rasa la aktiviti berkayak kami.
Selepas 5Km kami berkayak, kami berhenti di Kampung Danu / Danu Village untuk isi perut yang dah berbunyi akibat terlampau banyak kerah tenaga untuk berkayak! haha..
Tak sangka berpeluang juga merasa makanan asli Sarawak.

Sepinggan Nasi Beras Merah bersama lauk pauk dan sambal cili kicap. Jangan tanya kenapa banyak sangat .. haha
Memang nampak hidangan tu sangat simple, tapi percaya la, sajian yang cukup menaikkan selera sampai ada orang menambah 3 kali.. 3 kali ok! bukan dua! Penat sangat agaknya berkayak. hahaha
Dan paling sedap sambal cili kicap. Cili dia pedas gila. Kalah cili kampung!
Selepas habis makan, kami sambung kayak lagi 6km sehingga ke penghujung. Sempat bergambar di jambatan yang menjadi landmark Kampung Danu! Sangat cantik pemandangan disini. Gambar nampak macam potret yang ditampal di dinding kan?
Ada satu kawasan berdekatan dengan gua, kami berhenti untuk mandi manda lagi sekali. Sambil melakukan water confident. Ini betul betul kena confident, sebab kalau tak confident, boleh terlanggar batu. Haha. Siapa yang kena tu? kekekeke
Selepas beberapa jam berkayak, akhirnya sampai juga di penghujung. Berkayak 11KM? We did it!!!
Yang paling best sampai sahaja, hujan mula membasahi bumi. Menyambut baik pengakhiran aktiviti berkayak kami.
Apa lagi, seronok la orang Klang Valley dapat mandi hujan. Ye la, kalau hujan di Klang Valley semestinya hujan berasid. Tak ada nak mandi hujan. Tapi di Kampung Semadang, dengan rela biar kena hujan haha

Terimbau kenangan zaman kanak-kanak. Hujan adalah rahmat, setiap kali hujan pasti relakan badan untuk dibasahi hehehe
Sedikit sebanyak mengenai Semadang Kayak
Semadang Kayak menawarkan aktiviti lasak seperti berkayak, berakit dengan buluh (rafting), meneroka gua (caving); menjual pakaian adventure dan juga pengendali perkhidmatan di Borneo Kuching, Sarawak.
Semadang Kayak merupakan perniagaan yang dimiliki oleh sebuah keluarga yang dikendalikan oleh Encik Edward dan keluarga yang begitu passionate dalam aktiviti lasak. Mereka merupakan orang tempatan dari Kampung Semadang yang sememangnya begitu dekat dengan kampung dan sungai.
Makna kata, mereka memang tahu segala benda mengenai sungai ini. Jadi jangan risau tentang keselamatan semasa berkayak, apa yang dilarang, apa yang di minta , elok la diikuti sahaja. Nanti takut lain jadinya.
Bagi anda yang nak merasa berakit sejauh 11km di Sungai Sarawak ini, boleh hubungi mereka seperti maklumat dibawah dan pakej-pakej yang ditawarkan:
Pakej dari Semadang Kayak
- Kayaking & Caving Package
- Semadang Discovery Kayaking Package
- Klasik Bamboo Rafting Package
- Buddy Kayaking Package
- Family Kayaking Package
- Combo Adventure Package
- River Fish Feeding Semadang
- Semenggoh Orang Utan Package
Semadang Kayak
Kampung Semadang, Jalan Puncak Borneo, Kilometer 24, 94700, Kuching, Sarawak, Malaysia.


















bestnyaaa norpa . nanges baca entry nie
Lajunya kayak korang dah sampai hujung baru hujan! Kitorang baru sampai dkt kawasan fish feeding bila mula hujan. Best juga berkayak dlm hujan, tak payah tunggu orang nak splashkan air, haha!
Enjoy this part of kayaking eventhough exhausted
Sayalah orangnya yang makan sampai 3 kali, giler best makanan kampung ok especially that chicken ! Pergh. Rasa terliur pulak .ini ada yang kena pi cari lepas ni.hahaha