Hi, Cameron Highland, antara destinasi percutian apabila cuti sekolah.Aku pun pertama kali datang ke Berinchang, Cameron Highland. Percutian tak dirancang, secara tiba tiba berkemas terus menuju ke Cameron Highland. Hotel pon tak booking, memang risau takut sampai sana hotel penuh memandangkan kami pergi hari Sabtu. Tapi Alhamdulillah. Selepas google dan call, dapat juga hotel di Berinchang Cameron Highland.
Hotel Murah di Berinchang Cameron Highland
Hotel Rainbow terletak di Berinchang Cameron Highland. Sebelum ni abang aku pernah pergi Cameron Highland dan pernah sewa hotel kawasan yang sama, iaitu Hotel Remix. Disebabkan Hotel Remix terletak di atas kedai makan, ada la bau-bau yang kurang enak kata abang gua. Jadi, kali ni kami pilih Hotel Rainbow. Lebih selesa dan yang penting tak ada bau masakan masuk dalam bilik.
Bilik Hotel Untuk 3 Orang
Memandangkan kami datang bertiga, kami pilih bilik Triple Deluxe yang ada 2 buah katil, 1 katil Queen, 1 katil Single.
Kemudahan?
Wifi : Di Hotel Rainbow, ada wifi, tapi wifi dia kena duduk dekat dengan pintu baru dapat signal yang kuat. Kalau landing atas katil memang slow sangat. Mungkin sebab bilik kami mengadap belakang kot.
Sarapan pagi : Kalau bangun pagi-pagi nak sarapan boleh makan di Medan Selera Berinchang. Antara tersedap adalah Nasi Kukus Medan Selera Berinchang. Terangkat woi.
Parking : Di Berinchang, parking memang agak payah. Lagi lagi di hadapan semua kedai yang ada. Tapi kalau anda menginap di Hotel Rainbow, boleh parking di belakang hotel. Situ banyak parking tepi jalan, tak payah nak double park.
Kemudahan lain : Ada peti besi, ada peti ais, dan ada ruang menunggu, menonton tv serta cafe di hadapan lobi.
Harga?
Masa kami pergi haritu, last minutes dan hujung minggu. Harga tak murah sebenarnya. Ye la hujung minggu. Kami kena RM210 untuk 3 orang. Memang walk-in. Setiap sorang RM70. Tapi bila cek dekat Agoda, untuk hari bekerja RM133 je..
Kalau hujung minggu memang RM211. Itu mujur la ada kosong. Kalau tak ada..? Jadi, lepas ni siapa yang nak pergi Cameron Highland boleh booking terus dengan Agoda –> Hotel Rainbow.. Tak payah pening kepala risau hotel penuh. Ala harga lebih kurang je. Tapi kalau booking awal mungkin dapat lagi murah!..
bajet bawah RM500 pun dah cukup untuk bercuti 🙂
beberapa minggu lepas pun kami sekeluarga menginap di hotel ini juga.
bukan yang terbaik tapi bolehlah dan kelebihan yang patut diambil perhatian ialah dekat dengan tempat makan.
nak cari sarapan dan makan tengah hari usah risau hanya berjalan kaki sahaja.
pasar malam pun dekat.
pasal parking pula memang ya kawasan kedai susah nak dapat parking tapi nasib baik belakang hotel sebelah bomba ada ruang parking yang cukup untuk pelanggan hotel ini.