Skip to main content

Hi,

#TSDayOut dah masuk hari ketiga. Tapi kali ini saya split kisah hari ketiga kepada 2 artikel iaitu Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Sarawak dan juga Kayaking bersama Semadang Kayak.

Kalau pergi bercuti di Sarawak, memang tak lengkap percutian kalau tak pergi melihat sendiri icon negeri Sarawak iaitu Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Sarawak. Sangat teruja, sebab ini pertama kali ingin melihat orang utan secara dekat!

Pusat ini terletak hanya 30 minit dari Kuching. Boleh menaiki bas yang tersedia di Bandar Kuching ataupun kereta. Apabila sampai, bayaran masuk RM5 dikenakan untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak sebelum dibawa menaiki van kedalam lebih kurang 5 minit.

Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Penempatan ini dibina pada tahun 1920 khas untuk menempatkan 1000 haiwan liar dan disini terkenal dengan pemuliharaan orang utan.

Lagi menarik, setiap ekor orang utan mempunyai nama tersendiri sebijik macam nama manusia. Antara nama yang popular adalah, Nora, Delima, Dayang dan lain lain. Mujur takde nama Norfa.. Dekat dah tu dengan Nora. Heh.. ;D

Melihat Sendiri Orang Utan diberi Makanan

Orang utan dilepaskan ke dalam hutan selepas dipulihara dan diberi makan sebanyak 2 kali sehari dan salah satu waktunya adalah pada waktu pagi 9am – 10 am dan 3pm – 4pm.

Kami ke sana pada waktu pagi untuk melihat feeding session orang utan.Perjalanan masuk ke tempat feeding orang utan memakan masa perjalanan selama 10 minit.

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 3

Masa kami sampai di tempat memberi makanan kepada orang utan, dah ramai orang rupanya. Rakyat Malaysia yang bawa keluarga berjalan di Sarawak dan juga pelancong asing. Masing-masing sabar menunggu.

Tapi diingatkan disini, sekiranya ada bawa anak kecil pastikan anak kecil tidak menangis, kerana bunyi-bunyi boleh menggangu orang utan dan menyebabkan orang utan gerun untuk keluar makan. Kalau kejadian itu berlaku, kempunan la nak tengok orang utan keluar makan.

Begitu juga dengan yang membawa camera. Dilarang menggunakan Flash kerana ia akan menakutkan orang utan.

Dan paling penting, dilarang bawa makanan. Orang utan ni rakus akan sambar bila dia nampak makanan. Jadi untuk keselamatan diri sendiri dan juga orang lain, jangan bawa makanan sama sekali.

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 4

Menunggu dan terus menunggu. Selepas 35 minit menunggu akhirnya selepas ni panggil oleh petugas pusat ini, akhirnya orang utan keluar dengan bangga. 😀

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 5

Tapi masa kami nampak orang utan yang diberi nama Ritchie, nampak jalan dia tak bermaya. Dan menurut petugas disini, ada kesan luka di tangan Ritchi. Mungkin bergaduh dengan rakan-rakan se gender dengan Ritchi.Oh. Ritchie jantan ye. Haha.

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 6

Sedikit Maklumat mengenai Ritchi

  • Diberi gelaran ‘Big Boss”
  • Diselamatkan oleh journalist yang bernama James Ritchie.
  • Nama Ritchie diberikan mengikut nama penyelamatnya.
  • Berat 120kg.

Selain dari Ritchie, ada lagi yang lain keluar makan bersama Ritchie apabila dipanggil bersama anak masing-masing.

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 9

Masa seronok melihat Ritchie makan, yang ini datang mendekat. Petugas memberi makanan buah oren dan juga kelapa. Sempat la selfie. Lepas dia naik atas, tak sedar saya makin mendekat dengan pokok tempat dia berdiri.

Dari atas dia baling kelapa ke bawah. Terkejut, tapi nasib tak kena kepala. Terus petugas suruh menjauh sikit.

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 7

Tertanya juga kenapa dia baling kelapa. Menurut Syed Ali, pelakon terkenal tu yang kebetulan berada disebelah depan, kelapa bau masam, mungkin sebab tu dia baling. atau mungkin itu strategi petugas kot.

Nasib tak benjol!

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 8

Selepas habis sesi feeding, kami keluar untuk jumpa dengan rakan-rakan Ritchie yang sedang bersuka ria. Ada 2 3 ekor lagi diluar yang menjadi tumpuan.

Seronok tengok ibu orang utan dan anak-anak bergayut.

Bagi anda yang nak tahu sejarah mengenai Keluarga Orang Utan ini, ada satu tempat pameran dan galeri sejarah orang utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Sarawak.

Dari awal kelahiran sehingga la kepada kematian di rekod untuk setiap orang utan.

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 10

Melawat Orang Utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh 11

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

Leave a Reply