Skip to main content

image

Assalamualaikum peepss..

Hari ni aku berjaya buat Spaghetti Carbonara.. Resepi spaghetti carbonara  ni  paling mudah untuk di buat berbanding ngan spaghetti bolognese.. tapi kalau nak jugak resepi blognese boleh ke sini  Resepi Spagheti Bolognese..

Tapi sekarang aku nak gitau resepi Spaghetti Carbonara Lada Hitam…. hehe.. mudah tersangat mudah… check bawah ni..

Bahan-Bahan:-

  • 1/2 bungkus spaghetti
  • 1 tin sos carbonara Prego
  • Sotong / Udang / ayam / atau daging (pilih mana satu atau semua sekali)
  • Bawang putih (cincang)
  • Bawang merah (cincang)
  • Mushroom butang (dihiris)
  • 1/2 cawan susu segar @ susu tepung + air
  • Garam secukup rasa
  • Lada sulah. & Serbuk Lada Hitam

Cara cara :

  1. Rebus Spaghetti (letak sedikit margerin@minyak untuk elak dia melekat). Toskan dan asingkan.
  2. Tumiskan bawang putih dan merah tadi. dah naik masak masukkan ayam tadi. sampai ia masak.
  3. Masukkan sos carbonara kacau sebati.
  4. Masukkan mushroom tadi dah gaul hingga sebati.
  5. Nampak dah pekat sikit masukkan susu segar tadi sediki demi sedikit sampai ia berkrim.
  6. letakkan garam dan lada sulah untuk perasanya.

Alhamdulllah.. Mudah dan cepat.

Oh ya, kalau nak buat Spaghetti Carbonara Ayam boleh cuba resepi yang saya pernah kongsikan disini.

Selain tu, sos terbaru dari Kimball, Spaghetti Rendang Ayam. Selain rendang ada juga sos tomyam dan kari. Memang fusion western dan asian. Terbaik la kimball.

Bagi anda yang nak cuba resepi Spaghetti yang lain, boleh cuba resepi ini.

  1. Resepi Spaghetti Bolognese Ayam (paling ramai orang cari)
  2. Resepi Spaghetti Rendang Kimball
  3. Resepi Spaghetti Kari Kimball
Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

One Comment

Leave a Reply