Hi, kali ke dua saya ke Hotel Pullman Putajaya untuk review Buffet Ramadhan. Yang menarik tema Buffet Ramadhan Hotel Pullman Putrajaya tahun ni adalah Magical Ramadhan Night.
Hidangan Buffet Ramadhan Hotel Pullman Putrajaya 2018
Pelbagai hidangan disajikan untuk buffet ramadhan kali ini. Ada masakan India, Asia Tenggara, Cina, Timur Tengah, Pasta, Buah-buahan, Satay Kajang, Warung Haji Yus, dan minuman serta dessert.
Confirm kena pergi 2 3 kali kalau nak makan semua. Sebab semua sedap-sedap dan memang rasa nak cuba semua.
Masakan dari Asia Tenggara (Na Xascrri)
Masakan Asia Tenggara memang sedap. Untuk mereka yang tak boleh lari dari nasi. Antara yang ada seperti Kari Daging, Sambal Sotong, Sayur Campur, Thai Basil Chicken, Kerabu dan lain-lain.
Masakan India (Nalla Unavu)
Kalau bulan puasa, memang tak lari dari murtabak. Antara lain di bahagian Masakan India atau Mamak, roti canai, pasemboq, cucur udang, vadey dan lain lain,
Masakan Cina (Kowloong Siew Sek)
Peminat Dim Sum jangan lepas peluang rasa Dim Sum di Buffet Ramadhan Hotel Pullman Putrajaya. Sedap! Begitu juga dengan masakan lala, yong tau fu, itik panggang dan nasi ayam hainan.
Timur Tengah (Team Jayid)
Bakar-bakar (Seafood & Satay)
Bagi penggemar Seafood, ini la bahagian yang wajib ada pergi. Nak apa? Udang bakar, sotong bakar, ketam bakar, ikan pari bakar? Semua ada.
Tengok gambar ni semua buatkan nak pergi lagi sekali. Tak puas! Tapi yang ada masalah Gout, berjaga-jaga ya 🙂
Buah-buahan & Dessert (Durian!)
Dessert jangan tanya la. Penuh 1 bilik. Dari cookies, kek, aiskrim sampai la cendol. Lengkap semua! Terbaik la.
Durian pula siap 1 lori dia bawa durian. Tapi durian kampung la. Puas makan. Selain durian ada bermacam buah-buahan lain.
Dah terliur?
Untuk anda yang nak bawa pekerja atau family berbuka disini, saya sarankan. Sebab tempat dia luas.
Malam pula akan ada persembahan api dan macam macam lagi dari warga Hotel Pullman Putrajaya.
Harga Buffet Ramadhan 2018 Hotel Pullman Putrajaya.
Harga Biasa
5 Mei – 14 Jun 2018
6.30 pm – 9.30 pm
Untuk maklumat lanjut boleh baca poster ni.
Thank you very much Miss Norfa.
You can view our Magical Ramadhan Nights 2018 at :
https://www.youtube.com/watch?v=Y4_b-PGi0Zs
Nampak sedap, pernah makan di sini.