Hi,
Tarikh 13 September 2012 saya mula langgan YES 4G untuk kegunaan harian. Macam mana boleh tergerak melanggan YES 4G walaupun ramai bising, line tak elok dan sering kali ada gangguan??
Pada mulanya saya ingin melanggan P1 tetapi selepas bertanya kenalan dan abang saya, saya memilih YES 4G. Rumah saya tiada UNIFI dan tak mampu nak bayar seorang kalau melanggan UNIFI sebab housemate lain semua pakai Mobile Internet.
Jadi disebabkan saya perlukan Internet 24 jam saya pilih Huddle Xs YES 4G dengan langganan Pakej 68 sebulan.
Bagaimana saya memilih Internet Provider terbaik?
Saya bukan nak mengampu YES 4G tetapi ini apa yang saya lakukan saat memilih YES 4G sebagai internet provider saya. Saya nak guna bukan sebulan atau dua bulan, tapi lama. Nak kena fikir service dan juga bajet. Jadi saya buat beberapa test pada internet provider saya.
- Buat survey plan di laman web provider untuk melihat dan bandingkan pakej.
- Check coverage di laman web provider. Kalau tak puas hati, cuba untuk google. (paling penting)
- Sekiranya anda tak tahu apa-apa dan seller approach anda, jangan percaya bulat-bulat dan bersetuju terus sebaliknya balik rumah dan cek dahulu seperti yang diperkatakan no 1 dan 2.
- Baca feedback current customer di fanpage facebook provider.
- Cuba cari group community kerana biasanya akan ada group community either positive or negative mengenai produk tersebut.
- Cuba untuk menghantar Private Message dan bertanya direct kepada YES melalui twitter atau Facebook Fanpage.
- Cuba bertanya dengan kenalan mengenai perkhidmatan YES 4G. Kenalan yang tinggal sekitar anda supaya senang nak tengok service dari mereka.
Saya salah seorang ahli group fanpage YES 4G Sucks!. Bila baca post mereka memang saya sangat kasihan sebab baru sahaja pakai line coverage slow, line coverage kat tempat tinggal tak ada. Itu semua kerana percaya bulat bulat cakap seller tanpa buat selidik dengan betul. Nak salahkan siapa? mungkin sendiri tak expose dengan dunia selok belok perkhidmatan internet.
Satu pesan saya, selidik la betul betul. Sebenarnya ramai je yang pakai YES 4G, rakan blogger Khai Artzfar, dan Eazy Izzudin antara pelanggan YES 4G Huddle Xs. Jadi kena pandai la..
Kelemahan YES 4G.
Sepanjang 2 tahun saya guna YES 4G memang boleh nampak kelemahan dari pihak mereka. Antaranya :
- Gangguan line internet tiada notis. Mula-mula saya bengang juga la. Siapa tak marahkan tiba-tiba bangun pagi tak ada line internet. Tapi bila dah lama-lama fikir balik, belajar la untuk hidup tak ada internet. Tak ada perkhidmatan yang sempurna cuma pihak YES kena bagi notis la. Tapi seringkali berlaku pihak YES tak nak admit pun line internet bermasalah. Bila ada orang mengamuk dekat Fanpage, mintak di call untuk check coverage, padahal boleh katakan semua pengguna terlibat bukan seorang dua.
- Contract warranty device seperti Huddle XS tak selari dengan contract langganan perkhidmatan. Contract langganan perkhidmatan 2 tahun tapi contract warranty 1 tahun. Untuk yang tahan lasak boleh guna huddle sampai 2 tahun. Untuk yang melebih lebih lasak macam saya, setahun setengah huddle Xs rosak. Tanda rosak, device asyik blinking walaupun dah tukar account. Sakit hati juga bila rosak sebab Huddle XS memang tak boleh di repair. Nak beli baru mahal harga RM300++, so saya beli yang second. RM50. Susah nak cari.
- Termination langganan kena bayar full contract. Kalau nak terminate dalam contract, pelanggan kena bayar full baki contract. Contoh ada baki 3 bulan, dan nak terminate. Pelanggan kena bayar baki 3 bulan sebelum terminate. Dan tak perlu pulangkan device. Kalau baki 20 bulan, sila darab la 20 bulan dengan harga plan langganan anda.
- 2 bulan tak bayar (RM136) account kena barred walaupun kredit limit RM170. Kalau nak active kan semula kena langsai hutang at least caj satu bulan.
Tepat 12 September 2014, genap 2 tahun saya guna YES. Semua yang di perkatakan di atas saya lalui. Baik buruk, huddle rosak, dan line tiba tiba tak ada memang menyakitkan. Tapi saya tetap pilih YES 4G berbanding yang lain sebab:
- Unlimited usage. Habis quota boleh guna lagi tetapi line slow. Tapi saya suka sebab boleh buka 10 tab browser lagi. Loading satu satu la ye.
- Coverage so far so good. Kawasan rumah di tengah Kuala Lumpur dan tingkat 7 Â beri coverage yang baik.
- Mudah di bawa ke mana mana dengan Huddle Xs dan longest battery life was 8 hours.
Beberapa hari lepas saya terima email dari YES 4G, mereka akan bagi rewards iaitu Sebiji Acer Iconia Tab 7 sekiranya saya sambung lagi contract 2 tahun. Dan hari ini saya replied dan setuju untuk teruskan lagi contract 2 tahun!. hehe
mana gambar iconia tab nye? hehe
fuhh..2 tahun tu dah pakai. lama tu..
Hehe, susah nak sebenarnya nak cari orang nak review baik2 ttg Yes. Apa apa pun. Kalau tak sure tentang sesuatu, datangla ke center dia. Dapatkan true info berbanding dealer2 yang just tau nak jual je.
apa yg comment tu btul.
ak staff yes aku akui yg kelemahan tu.
ak pon x nak susahkan cust.tp dah owner berlagak.
n benci dealer slalu cheat cust.
Saya punya huddle rosak.
Kena charge apa2 ke kalau nak dapat the new one?
Sama. Saya punya pun rosak. Orang tu kata kena tukar huddle baru rm400
sis.. kalau huddle saya rosak, sy beli yg 2nd hand.. camne nk pakai eh??? swap ke acc kite ke camne?
Sy br register line package super98 data 8 gig on 20th p dh dpt msj data dh 80% guna. Hr ni br 31st kot…rs geram x terhingga…rsnya dh bermula penderitaan utk another 1thn dan 11 bln.
Sama lah kita. Super 98. Baru bayar 1st June,7th June dapat message quota dah full.
Salam.. mohon pencerahan sy dah guna huddle xs 7 bulan. Pakej super 68. Macam mana nak guna call n msg free dia ye. Tak pernah guna. Rasa rugi pulak..
Sy pengguna yes 4g super 68
Dan sy pernh guna call and text ..actually bukanlah free dia akn charge brpa bnyak kta guna call and text cmpur dgn tiap2 bulan yg kita kne byr..pernh skli sy mati2 ingt free sy guna tnpa fikir apa..bila end of the month dpt notis statement bill dh kuar trkjut tgok kne byr lbh dr yg septutnye..after that sy dh tk guna call and text tu..klau xslp nk guna kene download yes life kot..xpon pergi dekt lman web yes..ada keterngan kt situ
Saya melanggan pakej Huddle kontrak 18 bulan, Bila genap masa (dalam bulan ke 18) saya nak cancel langganan.
Si lanun ni masih mengenakan bil bagi bulan yang seterusnya, iaitu bulan ke 19 walaupun saya dah henti menggunakannya dan memberi notis 3 minggu sebelumnya.
Saya telah batalkan langganan sebab payah nak guna. Baterinya habis cepat, walaupun disambungkan adapter. Huddle pun mudah overheat dan padamkan sendiri.
Menyesal betul.
Sama.sy mengalami masalah yg sama.sy xbyr bil n kena barred then sy nk g terminate kt center tapi mcm2 alasan diorg bagi kata line x ok lah.last2 sy ignore then hari ni dpt warning letter nah 3 kali ganda kna byr padahal ak xguna pn lps kna bar tu gila punya servis
ade cara x nk terminate tanpa byr baki kontrak tu..
dh ambk yes pakej zoom nih,tp bila pakai line x brapa cntik la pulak..adush..
Saye pengguna yes dah 4 bulan jugak. Memg line die teruk sangt. Dah lah kene bayar bulann. Nk kan bercuti tempat die x de line. Dah kene beli data internet. Same je! Now moderm hilang. Nk kene beli moderm smpai rm399 kejadah sangat!! Line macam taik kambing
Assalamualikum. Nak tanya , macam mana nak cari huddle yes second ea ? Sebab kalau nak beli baru harga die rm400
tiap2 jadi mcm2 ni internet sy x blh buka, bln lepas kata setiap 12 hb yes akan on line percuma sy xpi kenapa x blh2 lg
Nk tnya.. Kalau pkai Huddle Xs YES 4G ni memang kena pkai bateri ja ke?
Kalau nak sambung elektrik direct terus xboleh ke?
**Tengah survey nak beli nih..
nak tanya, saya pakai yes 4g guna kotak hitam besar tu, tapi line cepat sgat habis.. tengok movie 2 cerita online, habis 5gb pastu beli lagi 5gb rm75, satu malam je habis terus dapat sms 100% usage.. dahtu line slow gila2 sampai x boleh connect.. dah pakai setahun dan tak sanggup dah.. adakah sebab teknikal atau mmg normal? ada sesiapa yg mengalami nya tak? nak call yess langsung x berangkat… any idea?
salam nak tanya.. kalo device kita keep blinking yg dkt 4g tu mmg tanda rosak eh walaupon boleh on and kat power and wifi ok je?
Sekarang saya guna yes. Line ok, cuma bila tak de coverage sampai 2-3 hari. Jenuh tak nunggu? Haha..faham je.. Nak pulak bila kita nak guna tenet urgent, nak wat payment or kerja sikit. Aduhhh… Kejadian ni boleh kata kerap berlaku..dlm sebulan ada 2-3 kali tak de coverage lebih dari sehari. Bila call customer service yes, dia duk explain pasal problem pemancar. Itu bukan masalah kita kan. Bagi saya yg ada pengalaman guna P1 sebelum ni (sebelum TM take over), saya rasa P1 lagi ok dari Yes. Hope kawan2 yg rasa bercadang nak guna Yes, pikir2 lah..jgn pikir 2-3 kali, tapi pikir lah 20-30 kali, sebelum terjerat kontrak 2 tahun, jenuh nunggu duit rugi macam tu..
Same lah…dah 2tahun guna yes4g…dah sambung lagi 2tahun.,siap dapat huawei honor tab..tak berapa bagus.tapi bagus la dari lain2 perkhidmatan jalur lebar yg lain..:-P
Sy pengguna yes..saya punye yes yg lampu 4G tu bkelip2..kenapa ye..setiap kali dia berkelip mesti xboleh connect intrnt..blh bgi tw knp..tq
Salam. Sblm daftar yes saya cek coverage ada dalam kawasan saya duduk. tapi bila bwk balik langsung tak leh pakai baik PC atau wifi hp. 22hb daftar koata konon ada lagi 700mb. seme burn tak blh pakai. 25hb kononnya yes refresh balik. hingga ke hari ini internet rmh saya ni yang YES kata ada coverage sblm daftar ni, masih NO ACSESS INTERNET. hanya boleh acsess bila modem tu kita bawak duk tepi2 jalan. apa ke jadah kita nak buat kerje bodoh macam tu. Ni dah kes penipuan nih. Saya dah buat aduan careline, ada satu staf tu respon konon saya tukar pasword masa beli tu. alahai memanglah kene tukar paswod time tu jugak dkt kaunter tu. Dpn2 tu pun saya terus blh guna dekat kedai wakil yes tu. Yang menipunya bile bwk balik rmh. Sebelum ni saya bertahun2 guna strymx, sanggup tanpa fikir pjg saya batalkan strymx, duk pegang saja2 modem putih yES tu tanpa langsung modem tu berkhidmat untuk saya. dahlah kena bayar sekaligus RM178 kat kedai tu masa daftar. hingga seminggu ni internet langsung tak habis lagi koata.
So pembaca sekelian, saya rasa sangat rugi dan menyesal, aduan saya yang yes kata nak baiki pemancar lah dll tu, cuma respon sedap ckp shj. Saya harap sangat CFM & SKMM tidak double standard dalam kes ni. satu penganiyaan jika klien kene bayar juga RM68 setiap bulan tapi SERVIS OUT. Kepada pengguna di luar sana, semaklah betul2 sebelum daftar. Saya dah kena ni
Ya sudah resport SKMM & CFM. Ada lagi tak tpt lain sis yang better buat report dan ada tindakan dan bukan disilent saja oleh puak2 ni? Tq
Salam kak , wajib ka byar duit denda kalau bil tertunggak ?
baik pakai yes 4g yg unlimited. sebulan bayar rm104.90. kongsi kongsilah bayar. pastu cek kawasan coverage di web yes 4g. tapi ingat, biasanya coverage yang dimasukkan tu tak diupdate. sebab ytl yes 4g juga dapat tender bekal internet ke sekolah sekolah. kalau ada sekolah yang ada menara pemancar 1 bestarinet pun boleh dapat liputan.
kalau nak kreatif lagi, router yes 4g ini boleh bawa jalan2 tapi kena cari plug 12volt sambung ke power bank. maksudnya bawa jalan jalan tu simpan dalam beg atau dalam kereta, boleh dapat wifi laju…ini seller yang cadangkan dkt sy hari tu.
Pengalaman sy pulak…. Sy pengguna yes fiz unlimited… Guna 11 bulan pertama…modem rosak..kne tukar…nasib baik dalam warranty lg.
Then pindah ke kl selangor, tup2 yes potong speed sy dr 1mbps ke128kbps. Dulu kata kalau pindah boleh telefon just tukar alamat je…rupa2 nye sy kne switch ke yes 4g home which kne bayar lebih…dulu rm79..skrg kne tukar rm 129. Kalau x tukar kne la habiskan baki kontrak lg 7 bulan dgn speed siput tu…
Kalau tukar ke yes 4g home rm129 tu…boleh lak die suruh tambah contract lg 2 tahun…perhh… Dalam dilema ni….risiko kalau modem rosak nk kne bayar hampir rm500. Sbb modem warranty die x renew…renew kontrak je lg 2 thn
aku ni maintenance yes4g kat pencawang ytl, lagi la slalu kena komplen je..aku jaga area hujung2 luar bandar, tapi hakikatnye yes ni je la yg terbaik kat situ klau nk dibandingkan operator lain..maklum la luar bandar, kampung2..kalau dah slow sgt yg pegi pakai yes buat apa, tukar lain (sambil tukar equepment yes kat site) ?
As salam. Kontrak sy akan tamat 22 Feb 2016. Selepas tamat ada apa2 notis dr pihak yes ke macam mana?
Nak tanye kalau moderm yes bahagian 4G tu kjp nyala hijau,kjp nyala biru n kjp nyala merah. Pstu memang internet tak dpt langsung. Tu mksdnye moderm rosak ke ape?
Salam. Nak tanya. Kalau x habis kontrak lagi, tapi kita x bayar bulanan tu dan x pakai pon data tu. Jadi camana eh? Adakah lama lama YES akan terminate kan tanpa apa apa charge? Or sebaliknya?
blh saya tau kat mana nk buat aduan? semakin mengarut yes 4G ni.dh dkt 3 bln device tiada connection pun(3x setting dkt centre still same),data x pakai langsung,dh tu device tiada contrac.tp tetap kena byr bil.mmg x puas ati dh.lama2 kalau sangkot nti ke ctos jdnya.minta tlg sapa2 tau nk buat aduan dimana..
Sama.. tlg share juga klau ada ape² info ye.. huhu
Dah bayar bil x blh pakai pulak
Sama la… bill bayar, lepas tu data habis macam tu je walaupun tak pakai langsung YES tu…
Kenapa saya tak pakai YES tu? Sebab memang tak boleh pakai. Takde connection LANGSUNG. Tapi yg lawaknya data habis jugak tiap2 hari… setiap hari dia potong 1GB weh!
Saya langgan yg 16GB punya so bila separuh bulan, dah habis data.
PENIPU betul. Saya tak bukak langsung pun YES tu. Mmg dah takde bateri dah YES tu sebab saya pun dah tak charge… tersadai je dekat atas almari tanpa ON langsung.
Tak logik langsung kan? Saya tak ON pun dia potong 1GB sehari. Penipuan apakah???
Salam, klau saya lewat bayar dua hari then 4g kena barred…after dh buat payment brp lama dia nak activate semua la ye? Sbb 4g blinking…tq
Salam..
Saye pkai yes huddle super 78..line laju..best ..tp tetiba pulak kt umah ni x de line dari 07.05,hari sabtu ni genap sebulan..skrg msih red blinking..dah byk kali rep0rt,g cwgn yes,call yes,bulan ni byk buang duit skit utk ulg alik buat rp0rt n kedit utk call yes..pstu nak kna langgan maxis intrnet,byk abes..huhu online bssness byk data na pkai..sabar jela..d0rg ckp ade mslh pncawang..saye bia je dulu..genap sbulan saye na basuh d0rg,saye x nak byr utk bulan ni sbb x guna p0n..ksilapan dri phak yes..agk2 b0leh ke cmtu..huhu ikut suke je..
wslam…kadang2 red blinking maybe modem tereset..so kena pergi kedai yes terdekat suruh mereka settingkan balik…janji kena ingat yes id n password yes id.
Saya Guna yes 4g huddle just 1 months because line was slow . terus saya tak guna . then . Tetiba msj kena bayar 1k above.. I only use 1 month . Then dia ckp account sy dah terminated .. sedangkan sy tak ckp lagi nak terminated . 7 bulan saya tak bayar . Tak kan kena bayar smpai 1k above . If ikut bulan2 kira logic lagi lah saya nk byr .your opinion? Help!!
Sama sis.. camne penyelesaian nya ye ?? ðŸ˜
Sy dah abes kontrak yes huddle..tp smbung lg 2thun 4g altitude free smartphone..kalau smbung lg ni yg lama pya mcm mna?sbb masih boleh guna lg huddle tu…kena byr dua2 ke?atau kena pegi centre utk terminate huddle?
Salam…..Boleh atau tidak mendaftar postpaid Yes jika umur 18 tahun jatuh pada 9 dis 2016.
Yes 4G huddle nak jual. (Ada 1 je)
Complete sekali charger dgn usb. (Dalam kotak lagi)
Condition tip top
Wasap 0125595685 kalau berminat 🙂
P/s : huddle kosong tanpa id
saya punye huddle rosak, beli baru harga 399, kontrak ade lg 1 tahun.. kalau sy beli 2nd hand, nak buat camne eh? dia akn smbungkan dengan acc kita yg lama ke camne??