Hi, Hari terkahir kami di Sarawak dan aktiviti kami adalah teroka alam semula jadi iaitu Gua Angin (Wind Cave) dan Gua Pari (Fairy Cave). Kedua-dua gua ini terletak dia Bau.
Gua Pari (Fairy Cave)
Gua Pari-pari merupakan sebuah gua kapur yang terletak di kawasan Krokong Bau. Sebuah gua yang sangat menarik untuk dikunjungi apabila tiba di Sarawak.
Gua ini terkenal dengan tangga-tangga yang perlu didaki sebelum tiba di pintu masuk Gua. Penat? Boleh tahan lelah dia. Excercise sekali sekala ye..


Tapi bila dah sampai ke atas, penat lelah berbaloi kerana Gua Pari memang cantik.
Boleh lihat disini, Gua Pari mempunyai lubang gua yang dapat ditembusi dengan cahaya matahari ditambah lagi dengan aura kehijaun pada tumbuhan didalam gua. Trevone Boykin Jerseys Memang cantik!



Lama kami dalam ni, sampai berpeluh-peluh. Memang macam marathon! Tapi pemandangan disini, buatkan rasa hilang sekejap penat lelah naik tangga.
Setelah setengah jam di dalam Gua Pari, kami keluar untuk ke Gua Angin.
Oh ya, dibahagian luar gua ada pondok yang diperbuat dari jerami. Sangat cantik untuk bergambar.
Gua Angin, (Wind Cave)
Menurut Wikipedia, Gua Angin merupakan gua semula jadi yang terletak 5km di barat daya Pekan Bau, Kuching Sarawak. Ia bersebelahan dengan Sungai Serawak.
Perjalanan ke Pekan Bau mengambil masa kira-kira 45 minit pemanduan dari Bandaraya Kuching, Sarawak.
Menurut sejarah, nama Gua Angin diberikan kerana terowong di dalam gua merupakan laluan angin yang keluar masuk dari pintu masuk gua ke pintu masuk yang lain. Sebelum nak sampai ke pintu masuk gua, kena lalu titian ini dahulu.
Sepanjang memasuki Gua Angin, boleh dilihat bentuk stalagmit, stalagtit dan formasi batu kapur yang dikatakan terhasil sejak 60 juta tahun yang lalu. Boleh nampak beberapa bentuk yang pelbagai antaranya kepala buaya dan juga rangka buaya.
Sebelum masuk Gua Angin dinasihatkan untuk membawa lampu suluh. Kalau tak ada lampu suluh boleh pakai lampu dekat handset sahaja.
Memang diakui, kawasan dalam Gua Angin ini sememangnya gelap, dan juga laluan kayu yang agak licin.Jadi perlu berhati-hati.
Disini juga terdapat banyak kelawar, boleh dengar bunyi kelawar berterbangan.
Dan laluan angin ini yang diperkatakan dan penghujungnya adalah Sungai Sarawak.
Kami berhenti sampai di pintu ini sahaja, kerana jalan selebihnya ditutup.
Cantikkan? Bagi anda yang nak bercuti ke Sarawak, boleh teroka kedua-dua Gua ini.
Selepas habis teroka gua, kami terus makan tengah hari di Tandoori Place sebelum ke Kedai Kek Lapis Dayang Salhah.










Haha pari pari takde wings.