MENCARI PELUANG JANA PENDAPATAN? JOM JADI AGEN KAMI SERENDAH RM160! KLIK SINI
Aquaria KLCC Tempat Menarik di Kuala Lumpur Cuti Sekolah - 001

Aquaria KLCC Tempat Menarik di Kuala Lumpur Cuti Sekolah

Aquaria KLCC. Yes, aku pun first time pergi Aquaria. Sungguh sadis. Haha. Sekarang Aquaria KLCC sambut ulangtahun ke 10 dah, maknanya, dulu aku pergi lawatan sekolah masa aku sekolah rendah, bukan Aquaria la. Abis tu apa? Haha

Ok. Hari ni hari cuti Hari Pekerja. Bersambung Sabtu dan Ahad, dan aku pasti ramai yang cari Tempat Menarik di Kuala Lumpur Cuti Sekolah!

Salah satu tempat yang menarik perhatian aku di Kuala Lumpur adalah Aquaria KLCC. Aku pergi haritu, Ya Allah sungguh seronok tengok ikan-ikan dan hidupan laut.

Aquaria KLCC Tempat Menarik di Kuala Lumpur Cuti Sekolah - 022

Harga tiket Masuk Aquaria KLCC

  • Dewasa : Biasa RM53, Mykad – RM40
  • Kanak-kanak (3-12 tahun) : Biasa Rm42, Mykad – RM30
  • 60 Tahun ke atas : Biasa RM32, Mykad RM30
  • Station Aquarius – RM5 untuk seorang

Tak ada la mahal sangat. Ok la kan. Nak explore dunia dasar laut. Nak dive masuk laut mahal sangat. Si ‘dive’ la kat Aquaria KLCC. hehe..

Aku memang teruja gila la masuk Aquaria KLCC. Ada beberapa fakta yang kau orang kena tahu mengenai KLCC untuk tambahkan lagi keterujaan korang.

  • Aquaria KLCC mempunyai Lorong Underwater paling panjang di Malaysia iaitu 90 Meter.
  • Aquaria KLCC Mempuyai tank ikan terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter
  • Aquaria KLCC Mempunyai tangki tube yang di reka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu setinggi 15 kaki
  • Yang terakhir Aquaria KLCC adalah Aquarium di Malaysia yang dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranhas. Piranhas? tau?  Tak tau google.. 😉
Aquaria KLCC Tempat Menarik di Kuala Lumpur Cuti Sekolah - 014
Melawat kawan baik saya. Ikan Pari. Tak lama lagi jadi musuh la.. Nak buat Ikan Pari bakar.. hahahah
Aquaria KLCC Tempat Menarik di Kuala Lumpur Cuti Sekolah - 001
Ini lagi sekor. Nampak takmuka keterujaan tu

Oh ya…. Kat sini kamera tak boleh pakai FLASH ye. Nanti ikan-ikan lari semua…

Aquaria KLCC Tempat Menarik di Kuala Lumpur Cuti Sekolah - 003

Aquaria KLCC Tempat Menarik di Kuala Lumpur Cuti Sekolah - 002
Bersama tapak sulaiman. Yang ni kawasan boleh pegang ye. Nanti ada staff tolong tengokkan

Banyak gambar sebenarnya. Boleh tekan satu-satu tengok dekat bawah ni. Lepas dah pergi Aquaria KLCC kami pergi Station Aquarius. Ini yang harga tiket RM5 tu.

Yang best kat sini dia macam lab. Boleh tengok Life of Obor-obor , Life of Seahorses dan lain lain. Memang macam lab. Rugi tak masuk..

Aquaria KLCC Tempat Menarik di Kuala Lumpur Cuti Sekolah - 019

Gallery untuk tatapan anda! 

Video di Aquaria KLCC

4 comments

  1. Best. barunie pergi gak sana. banyak hidupan laut pelik2 jumpa kat sana. jakun tengok obor2 dalam cermin LOLS

  2. Aku dari dulu plan nak ke sana tapi tak terpergi-pergi lagi ke sana. Dah pergi Klcc lain pula pergi. hahah. Pusat sains yang diperginya,. hahaha

  3. belum pernah datang, insyaallah satu hari nanti ke sini juga.

  4. best giler aquaria.paling best yg masuk terowong bergerak tu..rasa nak pergi lagi.

Leave a Reply

ABOUT US

shopping information

Customer Service

email sign-up

Sign up for email updates on the latest REZEKI IBU STORE campaigns and videos.

Copyright © 2020 – REZEKI IBU VENTURES

Shopping cart

0

No products in the cart.

WANT COUPON
Subscribe now to get free discount coupon code. Don't miss out!
    SUBSCRIBE
    I agree with the term and condition