MENCARI PELUANG JANA PENDAPATAN? JOM JADI AGEN KAMI SERENDAH RM160! KLIK SINI
Cara root menggunakan Vroot 23

Cara Root Handphone Paling Mudah!!!

Hi,

Alkisah semalam aku nak format Samsung S3 mama, dah buat backup semua untuk contact ke SD Card, lepas dah format baru perasan SD Card damaged! Haiyaaa. Sekarang dah tak ada contact! Memang tak boleh nak dapatkan balik.

Jadi, alang-alang dah hilang semua aku pun root Samsung S3. Lagipun warranty dah lama habis. Dah 3 tahun usia samsung s3 mama ni, elok lagi tak ada masalah. Masalah tang bateri je.

4 kali cubaan untuk root Samsung S3 menggunakan PC termasuk Framaroot, yang keempat baru jadi. Sebelum tu pastikan handphone anda original! Kalau handphone cina dan selepas root jadi tak elok, aku tak tanggung.

Segala kerosakan adalah tanggungjawab sendiri.!

Masa root lenovo S820 guna software lain, root Samsung S3 pakai software lain juga. Sebelum tu tukar setting handphone anda seperti berikut:

1- Lakukan Backup sebelum mula root!!!
2- Masukkan ke Debugging Mode (Setting –> Applications –> Developer Option –> USB Debugging)
3- Sekiranya tiada DEVELOPER OPTION , Pergi ke About Device dan repeatedly tap pada Build Number.
4- Driver – Samsung boleh pakai Samsung Keis (sila google)

Cara root handphone paling mudah
Cara root hanphone Samsung S3

2 Cara Mudah Root Handphone

1- Menggunakan Software Kingo Root

Cara root guna Kingo Root 5

Untuk root Samsung S3 saya memang guna Kango Root, selepas gagal dengan vroot, frama root dan juga Odin.

  1. Download kingo root
  2. Install kingo root di PC
  3. Connect USB dari PC ke handphone
  4. Klik Root untuk mulakan process root di Kingo Root dan biarkan sehingga habis (Finish). Handphone akan auto reboot.
  5. Sekiranya berjaya, akan ada apps #SuperSU. Kalau tak jumpa juga, check guna apps root checker.

Cara root guna Kingo Root 4

2- Menggunakan Vroot

Cara root menggunakan Vroot 2

Kaedah ni aku guna untuk root Lenovo S820 aku. Mudah juga.

Pastikan anda masuk Debugging Mode seperti yang ternyata di atas.

  1. Download Vroot
  2. Sambungkan USB dari PC ke Handphone
  3. Klik Root untuk mulakan process root dan biarkan ia sehingga habis!
  4. Apps #SuperSu akan kelihatan sekiranya anda berjaya root. Atau check menggunakan root checker!

Cara root menggunakan Vroot

Sekiranya anda tidak dapat connect handphone ke laptop/PC, ini kerana laptop / pc tidak ada driver. Untuk samsung boleh download Samsung KiES atau driver lain. Search di google..

Anda boleh cuba kedua dua kaedah ini. Kalau root tak menjadi tak ada masalah. Maksudnya peranti anda masih ‘virgin’. Kalau root menjadi, sistem dalaman sudah dibuka!!

6 comments

  1. Salam kak… nak tanya sikit… harap kak boleh jawab pertanyaan saya… saya baru jak root samsung mega6.3 dgn kingo.. lepas abis root… then superuser saya unfortunately close..
    then bila saya chek kat rootchecker keluar does not proper root.. akak tau tak mcm mana nak root dengan bagus…. harap kakak dapat balas.. thanks ya…

  2. Klu nk root kena ofoffkn phone ke

  3. assalamualaikum kak , saya x dpt connect pc , sedangkan saya dah ada driver kies tu … mohon pencerahan

  4. Assalamualaikum…

    Cerita bab handphone memang banyak orang suka termasuklah saya sendiri, kalau lah saya jumpa info ini daridulu kan senang… tak payah nak membazi asik pergi kedai handphone buat ini buat tu… servis caj bukan murah sekali buat bepuluh ringgit.

    Oh..ya lupa nak bagi tahu rakan-rakan baru-baru ni saya terjumpa satu website yang berkanaan handphone tengok punya tengok agak menari juga.. kalau rakan-rakan nak tahu boleh kunjunginya di atas.. nak cerita banyak-banyak nanti tuan blog marah pula..

    Apa-apa pun thanks kepada tuan punya blog ni kerana sudi berkongsi info berkenaan handphone…

  5. nak tanya kalau tekan kat build number sampai jadi developer ape akan jd ek.. ade masalah tak akan dtg

  6. Macam mana nak buang root??????

Leave a Reply

ABOUT US

shopping information

Customer Service

email sign-up

Sign up for email updates on the latest REZEKI IBU STORE campaigns and videos.

Copyright © 2020 – REZEKI IBU VENTURES

Shopping cart

0

No products in the cart.

WANT COUPON
Subscribe now to get free discount coupon code. Don't miss out!
    SUBSCRIBE
    I agree with the term and condition