Alhamdulillah.. Berpeluang untuk merasa Nasi Arab di Aroma Hijrah. Job ni dah lama aku dapat, tapi tak berapa ada masa nak pergi memandangkan sibuk dengan exam. Sebelum ni memang dah nak pergi, tapi nasib tak baik sebab kedai tutup. So terjah la Nasi Arab di D’Arab Cafe.
Planning last minute, kebetulan si Alif tak sibuk dan si Bob ada sama, aku ajak la depa pergi makan di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya dengan niat nak belanja.. Tapi sudahnya? hahaha.. Baca sampai habis entry ni.
Ok, Aroma Hijrah senang je nak cari. Sangat senang dari Lebuhraya Persekutan. Lepas saja tol Batu 3, terus naik fly over ke Sg.Buloh. Then akan nampak signboard Montfort Boys Town. Aku confident ingat jalan, kali kedua pergi memang tak pakai GPS dah.. hehe..
Kiteorg pergi dalam pukul 9 malam macam tuh, sampai dalam pukul 10.. Mujur Restoran Aroma Hijrah tutup pukul 10.30. So sempat la kiteorg melantak.
Kiteorg ni tak pernah makan Nasi Arab ramai ramai, so untuk memudahkan kerja tanya je la si abang pelayan tuh apa yang dia boleh cadangkan. Dan Alhamdulillah, selepas beberapa puluh minit, terorder juga 3 hidangan.
Depa ni si Bob sebelah kiri dan si Alif F-Secure.. Muka kelaparan dan bangun tidur.. Aku? Muka makan tak habis.. hahaha… Al kisah aku nak belanja depa, tapi agak kecewa that day, sebab duit advertorial yang aku nak belanja depa tak dapat lagi. So aku terpaksa minta masuk buku 555 dengan si bob.. kekekeke.. Thanz bob!
Entry ini di bawakan khas oleh : Myselera (baca review penuh)
[divider]
Sedap ke nasik arab? Aku tak pernah makan lagi
Job review? Best tu 🙂
tak berapa gemar. Lebih suka nasi lemak. hoho..