Inginkan kelainan untuk majlis perkahwinan anda? Jika ya, ini yang ditawarkan oleh pihak D’ Saji yang menawarkan lokasi unik majlis perkahwinan di Orchard Villa Gombak Selangor. Kebanyakan majlis perkahwinan yang ada sekarang ini seperti di hotel, kawasan perumahan dan lain-lain.
Tapi kelainan yang ditawarkan di Orchad Villa Gombak ini adalah meraikan majlis perkahwinan sambil mendengar deruan air sungai dan menikmati kehijauan alam sekitar yang mendamaikan. Menarik kan? Orchard Villa Gombak Lokasi Unik Majlis Perkahwinan Di Selangor Orchard Villa Gombak merupakan satu destinasi bagi mereka yang inginkan perbezaan dari tempat-tempat yang lain. Nak pergi ke sini pun agak mudah dan senang dicari.
Lokasinya terletak berhampiran dengan UIA Gombak. Tidak jauh mana. Ruang Pelamin Utama Ruang legar pelamin utama luas dan selesa. Boleh memuatkan kira-kira lebih 10 orang.
Walaupun berkonsepkan kebun, istiadat pernikahan masih lagi mengekalkan tradisi utama masyarakat Melayu. 
Gerbang Pintu Masuk Utama
Selain kawasan pentas utama pelamin dan persandingan yang luas, disini disenaraikan beberapa info menarik bagi sesiapa yang berhajat melangsungkan detik indah di Orchard Villa Gombak.
Suasana majlis jika diadakan pada waktu malam sungguh cantik. Gerbang pintu masuk utama menaikkan lagi mood untuk meraikan pengantin yang dirai.
Laluan Utama Tetamu
Permandangan dari laluan ke ruang legar dan pandangan sisi dari sudut meja tetamu diberi sentuhan khusus seakan di dalam hotel meskipun konsep perkahwinan dalam kebun.
Kemudahan Tempat Letak Kereta
Ruang letak kereta di Orchard Villa sangat luas. Kapasiti kereta boleh muat sekitar 100 unit buah kereta dalam satu-satu masa. Jika berlakunya kesesakan lalu lintas di pintu masuk, pihak D’Saji turut menyediakan perkhidmatan anggota RELA bagi memantau kelancaran di pintu masuk lokasi.
Permandangan Orchard Villa Di Waktu Malam
Jika ada yang buat majlis di waktu malam, suasana menjadi nyaman dan sejuk secara semulajadi serta dihiasai dengan pancaran lampu bagi menaikkan lagi keserian majlis yang diadakan.
Info Tambahan Orchard Villa Gombak
Hidangan yang disediakan pihak D’Saji dihidangkan secara Buffet atau Dome. 3 tambahan hidangan pada meja santapan utama pengantin akan ditentukan sendiri oleh Chef D’Saji.
Meja utama di hadapan disediakan khusus untuk orang kenamaan dan tetamu VVIP dengan bilangan maksimum seramai 10 orang. D’Saji juga turut menyediakan hiasan dan bunga segar apabila dikehendaki.
Penyediaan meja khas disediakan untuk 4 set meja berhidang sahaja untuk tetamu khas, dilengkapkan sekali dengan sarung kerusi, riben kerusi, alas meja bulat & overlay, serta set crockeries dan cutleries jamuan secukupnya.
Pakej Harga Orchard Villa Gombak
Berikut adalah harga pakej yang disediakan :
Jamuan makan tengahari : 11.30 pagi – 3.30 petang Jamuan makan malam : 7.30 malam – 10.30 malam
Pakej Harga Makanan & Minuman Orchard Villa Gombak
Pakej harga makanan & minuman yang disediakan oleh pihak D’Saji. Jenis menu pula korang boleh pilih mana yang korang nak. Lauk pun semuanya sedap-sedap belaka. Rugi tak cuba.
Secara keseluruhannya, pakej perkahwinan dalam kebun ni adalah menarik dan lain daripada yang lain. Jauh dari kesibukan kota raya dan sambil tu boleh menikmati keindahan alam sekitar sebab kat tepi tu ada sungai. Boleh beristirehat. Selain dari jenis lauk pauk yang pelbagai jenis, kemudahan asas seperti tempat letak kereta, tempat solat dan tandas juga disediakan.














