MENCARI PELUANG JANA PENDAPATAN? JOM JADI AGEN KAMI SERENDAH RM160! KLIK SINI
11 Produk Kecantikan Disenarai hitam 2017

11 Produk Kecantikan Disenarai Hitam 2017

11 Produk Kecantikan Disenarai hitam 2017 | Memang kecoh tahun ni mengenai Produk Kecantikan yang disenarai hitam pada tahun 2017. Yang paling dikenali adalah Produk Tati. Walaupun baru baru ini pengasas tadi telah pun membuat Trademark untuk produk TATI akan tetapi masih ramai yang meragui produk tersebut.  Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahagian Regulatori Farmasi Negara tampil menasihati orang ramai supaya mengelak dari membeli 11 Produk Kecantikan Disenarai Hitam 2017 di pasaran tempatan. KKM menyatakan produk-produk berkenaan telah terbukti mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik dan penggunaan produk kosmetik yang dicampur dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan yang serius. Oleh yang demikian, dinasihatkan kepada semua untuk lebih berwaspada dengan 11 Produk Kecantikan Disenarai Hitam 2017.

1.Moleek Day Cream – merkuri
2. Adel Miracle Flawless Serum – Merkuri
3. Ah Beauty Night Cream – Merkuri
4. NDZ UV Whitening – Hydroquinone
5. Snow Cream Normal – Hydroquinone dan Tretinoin
6. Snow Cream Sensitif – Hydroquinone dan Tretinoin
7. Dnars Nar Cream, Sensitif – Hydroquinone dan Tretinoin
8. Ellfie Night Cream – Hydroquinone dan Tretinoin
9. Tati Skincare Night Cream – Merkuri
10. Tati SkincareTreatment Cream – Hydroquinone dan Tretinoin
11. Moleek Anti Pigment Cream – Hydroquinone dan Tretinoin

Kesan dari senarai hitam ini, 11 produk diatas tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini, Malaysia. Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di tarik balik dari pasaran. Bagi anda yang tidak pernah lihat produk-produk diatas, boleh google nama produk seperti tertera.

1 comment

  1. Ada baik nya jika produk yang kita guna memberikan hasil yang lambat kerana hasil yang mendadak tu lebih mencurigakan 🙁

Leave a Reply

ABOUT US

shopping information

Customer Service

email sign-up

Sign up for email updates on the latest REZEKI IBU STORE campaigns and videos.

Copyright © 2020 – REZEKI IBU VENTURES

Shopping cart

0

No products in the cart.

WANT COUPON
Subscribe now to get free discount coupon code. Don't miss out!
    SUBSCRIBE
    I agree with the term and condition