MENCARI PELUANG JANA PENDAPATAN? JOM JADI AGEN KAMI SERENDAH RM160! KLIK SINI
2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh 3

2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh

Masa mula-mula beli handphone, hampir 60% yang beli handphone akan bertanya, berapa lama nak caj handphone baru? Ada yang kat kena caj handphone baru 8 jam. Ada yang kata tak perlu 8 jam, cukup sekadar dah penuh.

Kini selepas setahun atau dua tahun guna handphone, masalah bateri ‘kong’ atau bateri cepat habis sangat biasa dengar, memang tiada solusi lain kerana masing-masing menggunakan handphone untuk online 24 jam.

2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh 3
Foto kredit : news.viva.co.id

Tetapi masalah timbul apabila charger handphone rosak. Sekarang kalau beli handphone baru, charger datang berasingan dengan USB cable. Bukan macam dahulu yang bersambung. Kalau charger rosak, yang rosak pasti wayar USB di bahagian kepala yang nak dimasuk ke handphone ataupun wayar putus.

Kenapa caj bateri handphone lambat penuh?

Dua perkara yang anda perlu tahu apabila handphone anda mengalami masalah lambat masuk caj dan lambat penuh adalah kerana saiz kapasiti output charger anda dan juga wayar USB yang anda gunakan.

1. Kapasiti Output charger

2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh 2
Travel Charger yang saya beli sendiri. Output 2100mAh / 2.1A

Pernah ambil tahu mengenai kapasiti output charger yang anda guna sekarang ni? Kelajuan pengecasan sesebuah handphone salah satunya bergantung pada kapasiti output charger/

Ada yang diberi charger dengan output 0.8A, 0.85A, 1.0A, 1.2A, 1.35A, sehingga 2.1A.

Lagi besar saiz kapasiti output charger anda lagi cepat kelajuan untuk caj handphone anda sehingga penuh.

Kalau handphone murah macam lenovo S820 saya, dia bagi 1000mAh sahaja. Kebiasaan Samsung akan bagi 2000mAh.

Bila kapasiti output charger rendah, handphone akan caj agak lambat.  Jadi memang lambat la penuh!

Tapi kalau kapasiti charger anda dah 2100mAh tapi masih lambat, mungkin ada masalah di wayar USB.

Sekiranya kepala charger rosak, agak sukar nak dapatkan kepala charger 2000mAh keatas di kedai biasa. Melainkan beli yang original di kedai handphone atau gadget. Harga dalam RM40.

2. Panjang dan tebal Wayar USB

2 Sebab Kenapa Caj Bateri Handphone Lambat Penuh 2
Dari kiri, wayar USB Original dari lenovo – Laju, Wayar yang dibeli di pasar malam – sangat slow, Hijau juga dibeli dipasar malam, tak terlampau slow.

Ramai yang tak tahu, kepanjangan dan ketebalan wayar USB memainkan peranan penting juga untuk pastikan handphone di caj penuh dengan cepat.

Walaupun kapasiti output charger anda tinggi, tetapi kelajuan charge tetap rendah, ini kerana wayar USB yang anda gunakan adalah jenis panjang dan kurang tebal.

Kalau kita lihat wayar USB original yang kita dapat dari pembelian handphone, bahan penebat wayar tersebut lebih tebal dan tidak terlalu panjang.

Kalau di beli di kedai atau pasar malam, pelbagai jenis wayar yang dijual, siap berwarna warni dan berlampu lagi. Tetapi apabila digunakan, pasti apabila caj handphone lambat penuh.

Jadi, lebih baik beli wayar USB yang dibuat dari penebat yang tebal untuk aliran arus elektik yang lebih banyak.

Jadi sebelum nak beli charger dan wayar USB, perlu ambil kira saiz kapasiti charger dan juga ketebalan penabat wayar USB.

10 comments

  1. Nice sharing… Sangat bermanfaat info ni..TQ. Patutlah kadang charge ade charger yang cepat penuh, ada yang lambat….

  2. baru tahu juga tentang perkara ini..hu.hu..

  3. ooo..rupanya mcm tu….

  4. Oh maksudnya bukan masalah battery lah ye? Sy pun pakai lenovo jugak hmmm

  5. Tak pernah lg sy dengar output charger smpai 1000mah, 2000mah,2100mah..yg tahu tu cuma nilai kapasiti bateri..yg sy tahu input 240v output 5v~1A atau 2A saja..

  6. Terbaik info anda,saya pun dah agak dah perkara ni,pakai kabel ori sekejap je penuh bateri,pakai yg kedai rm2,dari malam sampai le pagi cas tak penuh2

  7. saya pakai caj ori..mula2 cepat saja penuh caj..bila dah sampai setahun..caj lambat penuh..kenapa yek..masalah bateri ka atau caj nya yang rosak..

  8. Sy gune caj yg ori..lepas j hp mati..trs j lmbt gler nak masuk…sy cas gune power bank hmpir 8jm..bru naek 70%..blh berikan tips2 yg blh kite lajukan kembali cas hp kite..terima kasih

  9. sya cuba caj hp guna beberapa charger , tetap tak masuk , mungkinkah rumah charger di hp rosak

  10. Terima kasih tips nya sis.

    Masalah saya, cas lambat penuh memang laa, 1 lagi masalah, bateri cepat sgt habis. Baru 2 tahun pakai henpon samsung A8 ni. Kenapa ye?

Leave a Reply

ABOUT US

shopping information

Customer Service

email sign-up

Sign up for email updates on the latest REZEKI IBU STORE campaigns and videos.

Copyright © 2020 – REZEKI IBU VENTURES

Shopping cart

0

No products in the cart.

WANT COUPON
Subscribe now to get free discount coupon code. Don't miss out!
    SUBSCRIBE
    I agree with the term and condition