MENCARI PELUANG JANA PENDAPATAN? JOM JADI AGEN KAMI SERENDAH RM160! KLIK SINI
Cara renew Passport

Cara Renew Passport di UTC Sentul

Hi, selepas setahun Pasport expired, hari ini baru la nak renew. Kes nya sebab nak melancong tahun ni. Alhamdulillah, ada rezeki lebih dan memang perancangan 2015 untuk melancong.

Memandangkan sekarang kerajaan dah perkenalkan harga passport yang baru iaitu RM200 untuk 5 tahun, lagi sedap la rakyat Malaysia melancong..Kan?

Sekarang senang je nak buat passport atau renew passport sebab dah banyak Pejabat Imigresen di buka di UTC.  Antaranya UTC Pudu sentral, UTC Sentul sentral, UTC Kuala Lumpur dan lain-lain. Boleh cek disini UTC berdekataan anda.

Renew Passport di UTC Sentul

Apa yang perlu dibawa untuk renew Passport

Ada beberapa dokumen perlu bawa semasa nak renew passport.

Tak ada passport yang lama/hilang, anda kena ada

  • Fotostat IC
  • IC

Ada passport,

  • Bawa passport
  • IC

Gambar? tak perlu dah. Sekarang ambil gambar di kaunter je.

Cara Renew Passport di UTC Sentul Sentral

Alang-alang nak pergi pejabat dekat Sentul, terus ke UTC Sentul Sentral sebelum masuk office. Pergi waktu lunch risau juga ramai orang.  Tapi alhamdulillah tak ramai mana. Dalam sejam siap.

  1. Berikan IC untuk yang pertama kali buat passport atau IC + salinan IC / passport lama untuk yang nak renew sebelum ambil no giliran
  2. Tunggu nama dipanggil untuk di ambil gambar..
  3. Kemudian tunggu untuk buat pembayaran
  4. Last skali tunggu untuk ambil passport. Ini lama lebih kurang setengah jam – 1 jam. Bergantung pada ramai ke tak orang.

Dalam 1 jam memang passport siap! Kalau tak sempat tunggu, boleh ambil esok lusa. Passport anda disimpan selama 3 bulan sahaja.  Kalau tak ambil tak ada la..

Renew Passport di UTC Sentul 2
Siap! Jom terbang! hehe

Update: Kalau pergi selepas pukul 3 atau 4 petang, mungkin nombor akan habis. So pergi awal pagi atau tengah hari. Di UTC, kalau pergi malam, memang nombor dah tak ada dan akan ada sign “system down” ditulis maknanya, nombor dah habis.

10 comments

  1. ni nak gi mana wat passport nih.

  2. Wah..nak pergi melancong ke luar negara ni..Untuk orang Sabah dan Sarawak pula kalau pertama kali buat pasport kena pergi HQ Imigresen samaada Jalan Duta atau Putrajaya…

  3. Assalam,

    Thanks sharing this useful info 🙂

  4. Hahah tq, skg tgh beratur kt utc pudu

  5. Appreciate semua tunjuk ajar. Tq

    1. hi… nk tnya mmg kena bwk pasport lama ke klu nk renew pasport

  6. Good info.. tengah dok cari juga tempat yang cepat nak renew passport nie…

  7. Salam nak tanya pasport sy hilang mcm ne ye bleh ke dpt terus yg baru dlm 24jam

  8. Perkongsian yang sangat menarik.. Kalau nak mudah buat atau renew passport, boleh ke Pejabat imigresen sini ye 🙂

    http://miaqaisarah.com/2016/03/23/mudahnya-renew-passport/

  9. Tomorrowsunday open or not.

Leave a Reply

ABOUT US

shopping information

Customer Service

email sign-up

Sign up for email updates on the latest REZEKI IBU STORE campaigns and videos.

Copyright © 2020 – REZEKI IBU VENTURES

Shopping cart

0

No products in the cart.

WANT COUPON
Subscribe now to get free discount coupon code. Don't miss out!
    SUBSCRIBE
    I agree with the term and condition