Lasik di UIA Kuantan. Harga dan Video Animasi Lasik | Alhamdulillah. Tak sangka. Diberi kesempatan dan dimurahkan rezeki nak buat Lasik di UIA Kuantan. Dah lama sebenarnya nak buat, tapi masih tertangguh-tangguh.
26 Oktober 2017 dimakbulkan doa untuk buat lasik. Aku takkan cerita panjang, cukup fakta dan maklumat yang korang perlu tahu sepanjang aku buat lasik di UIA Kuantan.
Oh ya. UIA Kuantan tak ada buat marketing kat mana-mana pasal lasik. Aku tahu pon sebab google.
Maklumat untuk buat Lasik di UIA Kuantan
SEBELUM LASIK
1) Call EYE SPECIALIST CLINIC UIA Kuantan Untuk Screening Pertama / Temujanji Pertama
No tel :Â +609-570 4550
Call secepat mungkin, sebab untuk EYE SPECIALIST CLINIC tak ada walk in. Tak kira la nak jumpa doktor biasa ke, nak buat Lasik di UIA Kuantan ke. Yang call dan yang dah arrange temujanji sahaja yang boleh datang klinik.
Bila dah call, dia akan minta maklumat diri dan bagi tarikh yang available untuk Screening pertama. Temujanji pertama tak perlu bayar apa apa lagi. Sebab dia nak cek mata kita je, sesuai tak buat lasik.
Kalau berjaya dia akan set untuk temujanji ke 2. Bergantung pada tarikh yang available. Dan kemudian Set hari pembedahan. Bergantung juga pada tarikh yang available. Kalau awal tarikh kosong, cepat la korang buat.
Kalau duit tak cukup untuk hari pembedahan. Minta la lambat sikit tarikh Lasik di UIA Kuantan.
2) Datang awal setiap kali temujanji.
Bila dia kata datang pukul 8, pukul 8 la korang datang. Sebab yang set temujanji ramai. Kalau lambat setengah jam, menunggu la 2 3 jam.
Semua temujanji pastikan datang awal. Temujanji 1, temujanji 2 (wajib awal sbb 5 jam nak cek mata kau), temujanji 3 hari pembedahan (wajib awal), Follow up selepas lasik (wajib awal).. Senang kata wajib semua la datang awal. Ngeee…
3) Jika berjaya ke temujanji ke 2 Lasik di UIA Kuantan.
Bayaran RM300 akan dikenakan untuk temujanji ke 2 untuk buat ujian mata. Sebab apa, sebab nak cek kaedah mana yang sesuai dengan mata kita. Banyak mesin digunakan untuk cek mata kita. Tak silap ada dalam 6-7 mesin. Makan masa 5 jam.
Bayar Cash sahaja ye.
4) Kaedah-kaedah lasik yang ada.
Dekat Eye Specialist Clinic UIA Kuantan ada 3 jenis kaedah. Aku tunjuk sekali dengan video ye. Video ni nanti Staff sana akan tunjuk kan skali untuk korang.
a) Kaedah 1 – LASEK-PRK
** Kaedah LASEK-PRK ni dia letak lens.
Dia akan buang selepas follow up ke 3.
Aku yang ni Kaedah 1.
b) Kaedah 2 – LASIK
c) Kaedah 3 – SMILE
Beza dia, dari segi harga. Kaedah 1 lebih murah berbanding 2 dan 3.Dan kecepatan mata untuk pulih juga berbeza. Healing proses untuk kaedah 1 lagi lambat berbanding kaedah 2 dan 3.
Aku kaedah 1. Mata betul2 clear dalam masa 10-15 hari selepas Lasik.
kaedah 2 dan 3 mungkin bawah 7 hari healing dia.
6) Pilihan yang mana perlu buat?
Bergantung pada mata kita. Macam aku lepas temujanji ke 2, doktor cakap. Tak boleh buat kaedah ke 2 dan ke 3. Boleh buat kaedah pertama je. Sebab mata aku besar.
Tapi bersyukur la.. Kaedah 1 lebih murah dan tak pening kepala nak pikir. Janji mata aku clear.
7) Harga Buat Lasik di UIA Kuantan
Harga ni harga yang masa aku buat pada tarikh 26 Oktober 2017. Mungkin kalau korang baca artikel ni di tahun 2020, harga dah berbeza. So kena tanya klinik mata UIA kuantan la ye.
Harga ni untuk dua belah mata ya..
a) Kaedah 1 – LASEK / PRK (RM 4,000)
– RM300 masa temujanji ke 2, RM3700 masa hari pembedahan
b) Kaedah 2 – LASIK (RM 6,500)
– RM300 masa temujanji ke 2, dan seterusnya 1 kali bayaran sebelum pembedahan, dan 1 kali semasa hari pembedahan.
c) kaedah 3 – SMILE (RM 8,500)
– RM300 masa temujanji ke 2, dan seterusnya 1 kali bayaran sebelum pembedahan, dan 1 kali semasa hari pembedahan.
***Â Kaedah 2 dan 3 kena bayar 3 kali sebab ada equipment kena beli. Macam tu la. Aku tak tahu sangat sebab aku tak buat 2 / 3
8) Ada MC tak diberi?
No worries. Doktor akan bagi MC 9 Hari. Tak cukup? Buat ah MC sendiri haha.
Pembedahan dekat IIUM MEDICAL CENTER. Bukan EYE SPECIALIST CLINIC ye. Sebelah Je pon. Heh.
SELEPAS LASIK
1) Masa hari pembedahan
Kena bawak sedara untuk drive masa balik. Sebab ko takkan boleh drive. jangan berlagak nak drive. Mata akan silau.
2) Bawa spek mata hitam.
Tak ada? Jangan beli. Kau pinjam je kawan-kawan punya. Membaziaqqq nak beli-beli. Macam aku, pinjam sepupu aku punya je Haha.. Kalau banyak duit beli la. Kalau dah ada, good! haha
3) Ubat-ubatan
Sila ikut apa yang dikatakan. Ikut saranan doktor. Jangan skip.
4) Do & Don’t selepas Lasik (penting)
Masa appointment ke 2, nanti akan diberikan 1 borang berserta kertas Do & Don’t berwarna hijau kalau korang berjaya la..
Korang jangan hilangkan plak. Itu rujukan apa yang korang tak boleh buat untuk hari pertama, untuk seminggu pertama, 1 bulan pertama dan 3 bulan pertama.
Don’t yang paling kau kena take care adalah
Hari Pertama jangan main HP, Tgk TV dan Elakkan memandang benda bercahaya.
Jangan ikut perangai degil aku.. Ikut arahan doktor.. Haha.. Itu je nak cakap. :p
Apa yang aku rasa bila guna Kaedah 1 .
- Hari pertama tidur, terjaga pukul 4 pagi. Sakit mata.
- Hari kedua, terjaga pukul 1 pagi. Sakit mata. Boleh makan ubat ponstan yang dia bagi. Tapi aku tak makan. Aku just titik kan ubat yang dia bagi.
- Rasa macam ada contact lens. Tapi memang ada pon. Hehe. Ada rasa something dalam mata dan masa kau bangun tidur, mata agak liat nak buka. Yang pernah tidur pakai contact lens mesti tahu haha.
- Silau, jangan cakap la.
- Hari ke 2 aku dah tengok tv. Melampau! Kadang2 terpandang. bukan sengaja. Tapi dalam kertas senarai Don’t dia kata hari pertama je takleh main hp n tgk tv.
- Tapi terseksa la sebab ko tengok tv, mata kau rabun lagi haha.
- hari ke 10 baru mata clear. Sebab aku guna kaedah 1. 😉
Kalau tak berjaya, apa boleh buat?
Selagi doktor yang buat lasik mata kau masih di klinik tu, selagi tu boleh adjust. 🙂
Kenapa aku pilih UIA Kuantan?
✔ Doktor best. (aku lupa nama doktor tu) Perkataan yang aku ingat dia akan sebut Great, good, bagus. Alhamdulillah. Mata cantik. Hahahaha..
✔ Dekat ngan rumah nenek aku. Walaupun aku duk KL. Aku rela berulang alik 2 jam dari KL ke Kuantan dari aku mengadap jem di hari temujanji. 🙂
✔ Tak Jem nak pergi waktu pagi. 10 min je dari rumah nenek aku.
✔ Sedara ada untuk bawakkan aku masa hari pembedahan.
Sekarang. Alhamdulillah.
terima kasih Makteh & Pakteh tumpangkan dirumah selama 5 hari.
terima kasih Ayah Cik, jadi driver 5 hari.
terima kasih cik Syasya jadi driver makan-makan juga.
terima kasih Amiruddin, tolong topupkan.
terima kasih Faz, sudi call bergayut.
terima kasih kak Sofie, sudi bergayut jgk. Haha..
terima kasih la semua yang sanggup isi waktu aku kesunyian tak boleh mengadap laptop. keh.. Gila kau.. seminggu x ngadap laptop..
Ada soalan? Sila komen di bawah.., 🙂
Nak share? Dipersilakan…
Thanx sharing norfa.
sis sorry tanya ni dah hampir sethn buat lasik …. so mata masih ok dan boleh buat aktiviti cam biasa ya
Lepas lasik
Dh boleh buat aktiviti mcm biasala…seperti berenang ke..berendam dalam air ker…scuba ker…hahahahaha
nak buat.. tp takut. …
Hahahaha
Bestnya.
Tengok pada harga tak semahal Prof Muhaya punya kalau diberikan pilihan pertama.
Kena kira duit tabung ni.
omg nak jugak tp mcm ada sikit rasa takut. btw norfa, harga kat situ mmg flat rate ke tu? Sbb haritu ada la search kat internet, ada sesetengah tmpt katanya depends pd condition mata kita ke apa ntah. Member buat kat midvalley, tak sama harga dia punya & adik dia punya. Pdhl buat sekali. katanya sbb condition mata lain2.
Hospital uia ni blh guna GL ke untuk penjawat awam?
Thanks for sharing! It is really helpful n informative.
Bagus info ni sbb dapat membantu sbg panduan kpd sesiapa yg nak buat lasik ni. Tengok pada harga pun agak berpatutan berbanding yg specialist2 tu, lagipun hospital UIA ni pun mmg saya dengar staff dia mesra dan baik2 semuanya. Thanks sharing info ni Norfa 🙂
alamak! mata pedih tu seriau.. Papepun,makan pun kna jaga. Banyakkn rehat.
Ya Allah..dengar pun seriau apatah lagi nak tgok video kat atas, takutnyaaa.
Kalau macam tu tunggu mata betoi2 rabun lah baru buat, sempatlah menabung dulu..hihihi
Thank you for sharing this- this was very helpful dear 🙂
You are so brave do eye last. I still prefer where Ctc lens and spec rather than go laser. I can’t stand the pain.
Wow banyak info dpt ni..eh murah plak kat sana ye..kat KL jgn harap la nak dpt murah..betul akak pernah hantar mak akak buat lasik ni..tp mahal la..cuma nak jaga betul2 lepas tu..pantang kena ikut kan..thanks sharing dear..
woah aku pun nak buat lasik ni nampaknya nak kena kumpul duit yang banyak lah ni… stress lah pakai spek mata… tu la asyik menatap lappy je… teknologi bijak tapi kita je terpaksa hadap akibatnyaaaaa
Thanks for the information. I was always curious about this procedure and it’s not too expensive, can consider but kuantan abit too far for me. Anyway hope u get well soon and enjoy your new view.
Wah mc nak buat jugak lasik ni.tapi tuhlah kena standby duit byk sbb tak tahu kaedah 1@2@3 yang sesuai utk kita
wow thankfully i do not need lasik since im not wearing specs. but certainly a good information and your own experience sharing for those who considering to do LASIK.
I’m just curious about one thing. How about reading under dim light? Boleh cetuskan implikasi juga?
Sekarang ni teknologi rawatan mata lebih canggih dan lebih bagus macam Lasik ni. Tengok harga pun berpatutan dan boleh lah cadangkan kat orang kampung area Kuatan jer ni…
always wanted to do lasik but till now still dare not do but u seems cool aje lepas buat which means i am the one who think too much ya. Nice info and makes me understand so much!
Wah bestnyaaaa…
Kita silau tinggi…
Rabun jauh tu skit ja
Tpi silau tu yag tak nahan tu
Such a great sharing on lasik!~ how’s ur eyes now?
thanks sharing norpaaaaa
Nak kumpul duit ne penat dh pkai spec dh 34 thun pkai. Dulu rabun jauh skrg rabun dekat pn dh bahaya.
Power naik semula tak?
Saya baru sebulan.
Ada power 50
Buat lasek
Kalau boleh, call saya, sbb nak tanya in details sikit. 0129093444
Hi sis boleh tahu power sis before buat lasik x?
Ubat ubat lps buat lasik tu kne makan lama mana? N mahal tak harga dia?
assalamualaikum wbt
salam perkenalan. 🙂 tq kerana sudi berkongsi pengalaman. sedang consider untuk melakukan lasik surgery tetapi agak ragu-ragu apabila terbaca tentang risiko lasik di iium confession. after almost a year doing lasek, adakah sis mengalami risiko yg dinyatakan seperti berikut:-
– mata menjadi kering selalu ( sangat tidak selesa & perlu bergantung kepada eye drop)
-gangguan pandangan terhadap cahaya pada waktu malam ( tidak boleh bawa kenderaan pada waktu malam)
-image menjadi kabur (kualiti pandangan tidak sebaik sebelum memakai cermin mata dahulu)
tq once again. 🙂
Sorry nk tanyr kan..kalo power rendah mcm 200 doctor akan proceed jugk ke ngn lasek? Total follow post operation brapa kali ek? Total budget kene ade skali ngn temujanji sebelum n selepas operation brapa ek? Mmg nk buat